ISMA Tabur “1st SEED” Buat Bakal Pelajar Luar Negara


Bangi, 27 Mac – Siri Eksplorasi ad-Deen (SEED) yang pertama telahpun berlangsung dengan jayanya di Pejabat ISMA Pusat baru-baru ini. Siri pertama ini membincangkan tentang erti Kalimah Syahadah dan juga Usul 20 Imam Hasan al-Banna. Pembentangan bahan ini telah disempurnakan oleh Sdr. Muadz Mohamed Zain, AJK Sekretariat Perhubungan Luar Negara ISMA (SEKTAR).

Majlis bermula seawal 9 pagi, dengan ucapan pembukaan oleh Sdr. Norzafry b Norhalim, Setiausaha I SEKTAR. Dalam ucapannya, Sdr Norzafry menjelaskan objektif ISMA dalam melaksanakan aktiviti Islam di luar negara. Sambil berkongsi pengalaman mengembara di pelbagai negara, Sdr Norzafry menekankan betapa pentingnya menerapkan nilai Islam dalam diri yang akan menjadi benteng di mana jua seseorang berada.

Tajuk yang dibentangkan oleh Sdr Muadz kepada 40 orang peserta ‘1st SEED’ kali ini fokus terhadap kesan melafazkan kalimah syahadah dalam hidup manusia. Ramai yang mengambil mudah maksud kalimah syahadah sehingga merasakan sekadar menyebutnya sudah bererti selesai tanggungjawab.

Dalam sesi petang pula, Usul 20 karangan Imam Hasan al-Banna dihuraikan sebagai kerangka dalam memahami agama Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Kerangka ini penting bagi menyatukan dan merapatkan jurang kefahaman umat terhadap Islam.

Setelah bengkel perbincangan selepas solat Asar, majlis penutup diadakan dan pelajar bersurai setelah bersolat Maghrib di Masjid al-Hasanah Bangi.

ISMA berharap agar lebih ramai lagi pelajar menyertai SEED yang akan datang. Agar benih-benih mahmudah akan terus dapat disemaikan sebelum para pelajar berlepas ke luar negara.

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png

Comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Comment