ISMA UK-Eire Komited Jalin Kerjasama Membangun Mahasiswa Beragenda

Dublin, 4 Nov- Ketua ISMA Dublin, Saudara Megat Akmal Faiz yakin bahawa keberadaan ISMA di Dublin memainkan peranan yang sangat penting dan sebarang kerjasama kearah memartabatkan agenda Islam dalam kalangan pelajar sangat dialukan.

Laungan ini diluahkan oleh saudara Megat ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland sebagai pemerhati luar.

Saudara Megat yang sempat ditemu bual di Dublin berkata, “ISMA UK-Eire bersedia dan terbuka untuk sebarang bentuk kerjasama yang produktif ke arah melihat keutuhan jati diri pelajar Malaysia yang berlandaskan Islam dan syariat”.

Ujar beliau lagi, “sejak penubuhan ISMA UK-Eire, matlamat dan tujuan kami jelas untuk melatih dan membentuk mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berdaya saing diperingkat global dan menjadi duta Muslim di negara asing.”

Mengulas mengenai hala tuju ISMA di Ireland, saudara Megat melihat ISMA di Ireland akan terus berkembang dan sentiasa bersedia dalam mendepani sebarang cabaran dan anasir pemikiran negative yang berbahaya seperti liberalisme, pluralisme agama dan sekularisme.

Saudara Megat turut menasihati mahasiswa di Ireland terutamanya mahasiswa perubatan untuk mempunyai agenda yang lebih besar beerbanding sekadar ingin menyudahkan pengajian masing-masing.

Kata beliau, “doktor yang hebat bukan hanya doktor yang dapat mengubati penyakit tetapi doktor yang mampu berfikir dan mencipta formula ubat kepada penyakit umat.”

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *