ISMA UK-Eire Komited Membangun Pemimpin Ummah

London, 12 Nov- ISMA UK-Eire tempoh hari telah menghantar wakil peserta ke seminar Leadership Enhancement and Intellectual Development (LEID) di Park City Grand Plaza Kensington Hotel, London yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia United Kingdom dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain.

ISMA UK-Eire telah mengahantar saudara Faris Hanafi dan saudara Ikmal Hakim untuk menjadi peserta dan menyumbang buah fikir semasa seminar yang telah berlangsung selama dua hari itu.

Saudara Ikmal ketika mengulas mengenai dapatan program berkata, “program ini telah menghimpunkan wakil pimpinan pelajar Malaysia di United Kingdom bagi membincangkan isu semasa negara dan menyumbang idea kearah pembentukan negara di masa hadapan.”

Ujar beliau lagi, “antara topik hangat yang dibincangkan ialah mengenai bagaimana negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam ingin mengekalkan hubungan yang harmoni bersama masyarakat bukan Islam yang lain walaupun mempunyai perbezaan daripada segi bahasa, warna kulit dan budaya.”

Saudara Faris yang sempat ditemubual melalui panggilan telefon berkata, “keharmonian negara hanya akan dapat dikekalkan sekiranya setiap kaum mempunyai sikap toleransi yang jitu serta mempunyai kefahaman terhadap perlembagaan negara dengan baik.”

Saudara Faris yang juga merupakan ahli unit kajian ISMA Eropah tegas menyatakan, “peranan perlembagaan negara dalam menjadi agen penyatuan mesyarakat amat penting kerana ini merupakan keratan sejarah yang telah dipersetujui bersama sehingga membentuk masyarakat majmuk yang harmoni.”

Tambah beliau, dasar-dasar kerajaan yang bercanggah dengan perlembagaan seperti sekolah vernakular perlu dikaji semula demi mempastikan kelangsungan agenda falsafah pendidikan negara dan menjaga perpaduan yang harmoni sesama kaum di Malaysia.

 

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *