Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk 2016 Teguh Identiti Mahasiswa Eropah

Carmarthen, Wales – Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk (JUMS) 2016 anjuran ISMA Eropah yang telah berlangsung selama 4 hari 3 malam telah berjaya mengembangkan potensi diri mahasiswa.

Program yang bertemakan “Bridging Hearts, Shaping Minds and Warming Souls” ini berhasil mengumpulkan hampir 100 orang peserta dari seluruh pelusuk bumi UK dan Ireland.

Menyentuh tentang tema JUMS 2015, Saudara Muhammad Hazreen yang merupakan Pengarah JUMS 2016 berkata, “tema ini bertujuan menyambung silaturrahim pelajar-pelajar dari Eropah di samping merangsang intelek mereka dan mengisi keperluan rohani mereka”.

JUMS 2016 yang juga merupakan flagship event ISMA UK-EIRE telah mengetengahkan objektif melahirkan mahasiswa dan mahasiswi cemerlang yang mampu berfikir untuk menghadapi    pelbagai cabaran global sama ada dalam bentuk pemikiran atau cara hidup dengan    berpandukan dasar-dasar Islam.

Saban tahun program ini berjaya mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di bumi Eropah terutamanya di United Kingdom di samping menjadi suatu program pilihan para pelajar untuk meluangkan sebahagian masa cuti mereka yang kebiasannya digunakan untuk merantau ke negara sekitar Eropah.

JUMS kali ini telah dihadiri oleh Pengarah Education Malaysia United Kingdom & Ireland Assoc. Prof. Dr. Zainal Abidin Sanusi dan wakil MercyMalaysia UK, Dr Burhanuddin Busu.

Setiap aktiviti yang dirancang untuk JUMS pada kali ini merupakan aktiviti yang bertemakan kerjasama, kreativiti daya fikir dan ilmu pengetahuan agama.

Para peserta secara keseluruhannya melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan seperti senaman, dan ‘explorace’ yang menjadi tumpuan para peserta kerana mereka dapat meluangkan masa bersiar-siar di sekitar pantai Pendynne sambil menjalakan aktiviti di setiap ‘checkpoint’ yang disediakan.

JUMS 2016 telah menjemput dua orang penyampai khas dari Malaysia untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan para peserta dalam slot yang telah disediakan iaitu pasangan suami isteri Dr Zulkifli Yusof, YDP ISMA Alor Setar dan Dr Murizah Mohd Zain, Ketua Wanita ISMA Alor Setar.

Kesemua penyampai telah memberikan pengisian yang sangat baik kepada para peserta yang sememangnya dahagakan ilmu disamping mengetengahkan Isu-isu yang sangat dekat dengan para pelajar dan amat bermanfaat kepada mereka yang merupakan para pelajar muslim di negara barat.

“Melalui program ini, saya berpeluang untuk memperingatkan diri yang telah lalai,” kata Hafyzul, salah seorang peserta dari Ireland.

Zulhelmi pula berkata JUMS menyedarkan saya akan kepentingan berdakwah dan komited dalam berorganisasi”

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan seluruh peserta yang menjayakan Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk kali ini. JUMS 2016, melabuhkan tirainya pada jam 2 petang, 24 Disember 2016. Semoga, ukhuwah yang terjalin  ini akan terus tersemat dalam jiwa-jiwa setiap peserta walau dimana pun kita semua berada.

 15622259_1566831449998736_1795924641538269403_n

15697538_1565311956817352_3116843224347213129_n

15698232_1565311330150748_1789894283653140882_n

img_1831

img_2042-2

img_2242

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Berbekalkan Kasih dan Semangat Perjuangan

Cardiff, Sheffield, May 2017- Ahli ISMA seluruh UK menyambut bulan Ramadhan dan musim peperiksaan pada …