Jalinan Ukhwah Musim Sejuk Platform Terbaik Perkukuh Jatidiri Mahasiswa

Whitby, 24 Dec- Jalinan Ukhwah Musim Sejuk (JUMS) tahun 2017 telah selamat melabuhkan tirainya beberapa hari lepas.

Pada tahun ini JUMS telah berlangsung di sebuah bandar pelabuhan ikonik ni Utara Yorkshire, England.

Seramai hampir 100 orang peserta terdiri daripada mahasiswa Malaysia seluruh Eropah merangkumi negara seperti UK, Ireland, German dan Sepanyol telah berkampung selama 4 hari 3 malam di YHA Whitby.

Tahun ini pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa JUMS bertujuan untuk meningkatkan ketahanan jatidiri para pelajar dan mencabar aliran pemikiran moden yang sarat dengan ideologi falsafah barat yang bercanggah dengan Islam.

Tahun ini juga para peserta JUMS dan seluruh warga ISMA Eropah berbesar hati menerima kunjungan Ketua Wanita ISMA, Dr Norsaleha Binti Mohd Salleh dan Ketua Biro Komunikasi dan Media ISMA, Dr Norzila Binti Baharin sebagai penceramah jemputan bagi JUMS kali ini.

Salah seorang peserta, saudara Fahim Aqil yang sempat ditemubual Media ISMA Eropah berkata, “program seperti ini sangat bermakna buat saya kerana bukan sahaja saya dapat menambah rakan baru di sini tetapi saya juga dapat membuka minda sebagai seorang muslim akan pelbagai ancaman dan anasir negatif yang menyerang minda umat Islam hari ini.”

Mengulas mengenai aktiviti yang disediakan, saudara Aqil sangat berpuas hati dengan penyusunan aktiviti JUMS yang bersifat santai dalam pada masa yang sama mampu menghantar mesej yang jelas mengenai pemantapan identiti sebagai Malayu Muslim di Malaysia.

Pengarah program JUMS, saudara Thalhah pula berkata, “JUMS kali ini menampilkan kelainan yang sangat unik bukan sahaja dari segi pemilihan lokasi yang berdekatan dengan bandar, malah aktiviti dan modul program juga diolah selari dengan tuntutan semasa melihat kepada cabaran muslim di Malaysia dan juga UK.

Beliau juga berharap JUMS pada tahun-tahun mendatang akan terus berbicara soal cabaran dan keperluan kontemporari seorang pelajar Muslim serta terus menyumbang dalam memberi kesedaran kepada para pelajar.

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kunjungan NYDP ISMA Kota Kinabalu Suntik Semangat Ahli ISMA Eropah

Cardiff, 20 Jan- Seluruh ahli ISMA Eropah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Naib …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *