Jaulah Akhwat Ireland merentasi England, Wales dan Scotland
Alhamdulillah, program jaulah pertama akhawat Ireland yang disertai seramai 5 orang selama 11 hari telah berjalan dengan jayanya. Jaulah yg bermula dari Bristol dan berakhir di Glasgow ini telah banyak meninggalkan kenangan dan hikmah kepada kami sepanjang perjalanan ini.
Bristol – Cardiff – London – Manchester – Glasgow
21hb Jan 2010
Tepat jam 6.00 petang Jaulah UK –akhawat ire bermula. Masing-masing berdebar2 dan tidak sabar untuk menjejakkn kaki ke bumi Uk yg diwar2kan dengan pelbagai keindahan ciptaanNya dan ditambah pula pertemuan dengan akhawat2 di destinasi yg bakal kami tuju nanti. Alhamdulillah,tepat jam 9.30 malam kami selamat tiba di lapangan terbang Bristol,destinasi pertama kami. Cabaran pertama bagi jaulah kami adalah ketika mana kami bertiga,ditahan 3 orang pegawai polis yang ragu-ragu dengan dokumen yg ditunjukkan kepada mereka dan kami diiring ke bahagian imigresen. Alhamdulillah, setengah jam kemudian kami dilepaskan setelah dikemukakan beberapa soalan dan tanpa membuang masa kami terus menuju ke stesen bas bagi meneruskan perjalanan ke Cardiff. Tepat jam 12.30 malam kami tiba di rumah yang diberi nama ‘Ninian’,rumah pertama untuk kami ziarahi,akhawat2 Cardiff. Walaupun kami tiba agak lewat,tetapi mereka tetap menyambut ketibaan kami dengan wajah yg ceria.
22hb -25hb Jan 2010
Kami singgah hampir seminggu di Cardiff untuk bersama-sama akhawat Cardiff yang baik dan ramah tamah ini. Sepanjang tempoh ini juga,kami dibawa menziarahi rakan-rakan yang sama-sama menuntut ketika di kolej persediaan dulu, melawat ke kota San Fagan,bersiar-siar di Cardiff Bay dan City center, dan meluangkan masa bersama-sama akhawat Cardiff. Walaupun baru sekali bertemu dengan akhawat-akhawat Cardiff ini iaitu ketika di program Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk yg diadakan di Edinburgh tetapi terasa seperti telah lama mengenali dan berukhuwwah bersama mereka. Banyak kenangan manis yang dikongsi bersama di tambah pula dengan layanan mesra yang diberikan. Tiba hari terakhir kami di Cardiff,terasa berat pula untuk meninggalkan rumah dan akhawat-akhawat yang ceria dan mesra ini,namun perjalanan kami masih belum bersisa dan mereka juga telah memulakan sesi kuliah pada hari terakhir ini.
25hb Jan 2010
Perjalanan kami diteruskan pula ke Bath Spa iaitu salah satu tempat yang kaya dengan tinggalan sejarah ketika zaman pemerintahan Rom. Terdapat banyak bangunan bersejarah di sini dan kesemuanya masih berdiri gah membuktikan betapa megah dan hebat kerajaan ini suatu masa dulu yang akhirnya tewas jua di tangan tentera Islam. Antara bangunan yang sempat kami kunjungi adalah Romanian open bath,iaitu digunakan sebagai ruang mandi oleh rakyat Rom. Kemudian,kami juga sempat melawat ke Stonehenge iaitu salah satu daripada 7 keajaiban dunia. Terletak di kawasan yang berbukit, keadaan di situ sangat sejuk tetapi dikelilingi dengan padang rumput yang luas mata memandang. Kewujudan Stonehenge ini masih menjadi misteri sehingga kini tentang bagaimana dan apa peranannya tetapi di katakan bahawa kemungkinan besar ianya digunakan untuk tujuan keagamaan.
26hb -27hb Jan 2010
Seterusnya, rombongan kami singgah sebentar di London untuk melihat keindahan kota yang seringkali menjadi sebutan ramai dan juga merupakan salah satu bandar tersibuk di dunia. Hari pertama berada di kota ini, kami melawat ke Bukhingham Palace yang terkenal dengan ‘Changing guards event’ iaitu acara menukar pengawal-pengawal istana yang masih diteruskan sehingga kini yang juga menjadi salah satu tarikan pelancong dari seluruh dunia. Orang ramai telah berkumpul di luar pagar istana seawal jam 9 pagi lagi sedangkan acara bermula pada pukul 11.30 pagi. Acara ini diadakan setiap hari yang mana pengawal yang bertugas pada sebelah malam akan digantikan dengan rakan setugasnya yang lain pada sebelah siang diiringi dengan pancaragam dan perbarisan. Hajat untuk bertemu dengan ukhti Alia yang baru kami kenali ketika di program jalinan tidak kesampaian kerana dia baru mendapat tahu terpaksa menghadiri kelas hingga lewat petang. Walaupun sedih tetapi kami akur.
28hb -30hb Jan 2010
Rombongan kami meneruskan perjalanan ke Manchester dan kini hanya tinggal bertiga manakala 2 orang lagi terpaksa pulang ke Belfast memandangkan kuliah mereka akan bermula tidak lama lagi. Ketika di stesen keretapi Victoria, kami menghadapi masalah tiket yang mana menyebabkan kami terpaksa merayu dengan pegawai berkenaan selama hampir sejam. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan segalanya dan kami teruskan perjalanan ke bumi Manchester pula. Kami disambut oleh ukhti Arifah dan rakan serumahnya ketika tiba di stesen. Di sini kami disertai oleh 2 orang lagi akhawat dari Belfast iaitu ukhti Wani dan Ukhti Anis yang berjaulah dari Liverpool. Keesokkannya, kami dibawa melawat ke city center dan membeli sedikit cenderahati untuk rakan-rakan dan keluarga. Pada sebelah malamnya kami dibawa menikmati hidangan lazat di sebuah restoran Arab dan bertemu dengan ramai lagi warga Malaysia yang turut singgah menikmati makanan di situ. Pada hari kedua pula, kami ke Old Trafford dan dalam perjalanan pulang kami singgah lagi di city center.Di sini,kami bermain permainan laserquest dan bowling dan menggunakan kesempatan ini untuk bertaaruf dengan 2 orang ukhti ini yang baru sahaja kami kenali. Ternyata tempoh perkenalan tidak menjaminkan kekuatan sesuatu ukhuwwah kerana dalam masa yang singkat sahaja kami menjadi sangat mesra. Sebelah malamnya pula, kami adakan liqa’ buat pengisian rohani.
31hb Jan – 1hb Feb 2010
Pada 30hb Jan 2010, genaplah tempoh berziarah kami ke bumi Manchester dan di sini kami terpaksa berpisah dengan ukhti arifah dan ukhti Anis serta ukhti Wani yang akan meneruskan perjalanan mereka ke London. Kami pula bergerak ke stesen keretapi untuk meneruskan perjalanan ke Glasgow yang terletak nun di utara UK. Ketika di stesen keretapi, sekali lagi kami terpaksa menghadapi masalah tiket yang sama ketika di London dulu tetapi kali ini lebih sukar kerana walaupun setelah 3 jam berusaha kami masih gagal mendapatkan tiket berkenaan. Kekecewaan ini menyebabkan kami hampir membatalkan rancangan untuk ke Glasgow tetapi pertolongan Allah itu sentiasa bersama kami. Kami akhirnya ke Glasgow menaiki bas dan 5 jam kemudian kami tiba di stesen bas Buchanan,Glasgow. Di sini,kami ke rumah ukhti Fatin dan Ukhti Nur yang sedang menuntut dalam bidang dentistry di University of Glasgow. Walaupun mereka baru sahaja pulang dari menghadiri program di Edinburgh pada malam itu, namun mereka tetap menyambut kedatangan kami dengan mesra dan ceria. Keesokkannya, kami melawat ke muzium terbesar di Glasgow dan ianya merupakan sebuah bangunan lama yang dipulihara untuk tarikan pelancong malah turut digunakan sebagai muzium utama di Glasgow ini. Di sini ada dipamerkan beberapa bahan sejarah dari kerajaan Mesir purba, binatang-binatang purba, fosil-fosil hidupan laut yang jarang-jarang ditemui, dan banyak lagi. Seterusnya kami berjalan-jalan di Bandar Glasgow dan sempat bertaaruf bersama. Keesokkannya, adalah hari terakhir kami berada di bumi UK ini dan kesempatan yang ada kami gunakan sebaiknya untuk merapatkan ukhuwwah sesama kami. Tepat jam 9.55 malam kami menaiki pesawat pulang ke Dublin.
Jaulah 11 hari ke bumi UK ini memberi kami pelbagai kenangan, pengalaman, ilmu, pemandangan dan kenalan-kenalan untuk kami kenangkan sepanjang hayat. Segala layanan yang diberikan sangat baik dan indah sehinggakan terasa berat untuk berpisah. Semoga ukhuwwah yang terjalin adalah keranaNya dan kekal keranaNya ~ukhuwah fillah Abadan abada~
Disediakan oleh,
Norhayati Hasan
RCSI
Comments
Powered by Facebook Comments









Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Semoga sentiasa dpt peluang utk berjaulah!!!