Jom Bercuti : Jaulah ke Bumi Anbiya’
Program bercuti di Bumi Anbiya’ diadakan sempena cuti musim panas a.k.a summer pelajar – pelajar Eropah. Kos yang murah kerana hanya perlu ‘stop over’ di Mesir seketika sebelum balik ke Malaysia membuatkan Mesir merupakan tempat yang paling ideal untuk bercuti. Jaulah dijangka akan mengambil masa sekitar 2 minggu.
Para peserta ‘Jaulah ke Bumi Anbiya’ akan disambut oleh rakan – rakan ISMA Mesir yang sangat baik hati.. Di Mesir, Brothers and Sisters akan mengikut tourist guide yang sama jantina bagi memudahkan urusan perjalanan.
Tempat – tempat menarik yang bakal dilawati :
Cairo – Pyramid, Makam Imam Syafie, Makam hassan Albanna, Masjid Amru al-Ash
Sinai – kubu salahudin alayyubi, makan para nabi, sempadan mesir israel, bekas kubu israel, gunung sinai, tempat munajat nabi Musa, tempt lembu Samiri
Marsa matruh
Pogram kemuncak bagi brothers and sisters di Mesir adalah “Perkhemahan Musim Panas ISMA“. Pogram ini diadakan selama 3 hari di Marsa Matruh. Bagi brothers and sisters pogram ini sangat bermakna kerana dengan pogram seumpama ini memberi ruang untuk menuntut ilmu sambil mengambil suasana tarbiyah dan juga merapatkan ukhwah sesama ikhwah Isma-Mesir walaupun suhu sekitar 40oC.
Jangkaan waktu sepanjang jaulah :
Peserta yang tidak mengambil kelas arab : Bermula 25hb Jun sehingga 10 Julai.
Peserta yang mengambil kelas arab : Bermula 19 Jun sehingga 10 Julai
Brothers and Sisters digalakkan membeli tiket sendiri menerusi Egypt Air.. Tiket adalah sekitar 600 ++
Hubungi Kami:
Sebarang pertanyaan.. Hubungi kami di email media_ismaeropah@yahoo.com
InsyaAllah.. kami akan cuba membantu sebaik mungkin..
Selamat Merancang Percutian !!!



























