Jom belajar : Islamic Fundamental Course
PENGENALAN:
Menuntut Ilmu adalah suatu yang sangat ditekankan oleh Islam dan ianya dianggap suatu yang wajib samada ke atas lelaki atau perempuan. Kelebihan bagi penuntut Ilmu juga amat banyak. Dalam pelbagai lautan ilmu dan maklumat masakini, Ilmu Islam adalah suatu yang tidak boleh diketepikan oleh setiap muslim disamping mereka mempelajari ilmu-ilmu lain yang fardhu kifayah. Disamping ilmu-ilmu Islam yang fardhu ‘ain, satu lagi bidang ilmu Islam yang perlu dipelajari ialah Ilmu-ilmu Teras. Ianya akan dapat membantu untuk memahami Islam dengan lebih luas dan menyeluruh disamping memahami istilah-istilah Al-Quran, Al-Hadis dan istilah-istilah ulama’ Islam dengan lebih tepat.
OBJEKTIF
- Kursus ini diadakan untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk mengikuti pembelajaran Ilmu-ilmu Islam ini secara khusus sama ada di peringkat ijazah, diploma atau di pusat-pusat pelajaran Islam tradisional samada kerana kesuntukan masa, kedudukan tempat yang tidak sesuai atau ketidak mampuan kewangan. Oleh itu ia akan cuba menjadikan masa dan tempat pembelajaran fleksibel disamping merendahkan kos ke tahap minimum.
- Kursus ini akan cuba memberi pendedahan secara umum kepada peserta tentang konsep-konsep dasar ilmu-ilmu Islam yang meliputi soal-soal akidah, syariah dan akhlak/sosial.
BENTUK KURSUS
Kursus dibuat secara kuliah, dialog, latihan kefahaman dan peperiksaan bertulis.
Peserta akan dibekalkan dengan fail dan nota ringkas untuk kesemua subjek.
Sebanyak 5 subjek akan dibincangkan iaitu:
- Pengantar Syariah
- Ulum al-Quran
- Ulum Hadis
MASA
Kursus ini akan memakan masa selama 30 jam dimana setiap subjek mengambil masa 6 jam dan peperiksaan untuk keseluruhan subjek ialah 3 jam.
Masa: akan diadakan pada 27 – 31 Mac 2010 dari jam 8.30 pagi – 5.00 petang dengan waktu rehat selamat 2 jam diantara masa tersebut untuk solat dan makan tengahari.
PESERTA
Peserta yang akan menghadiri kursus ini hendaklah mendaftar terlebih dahulu dan hendaklah mematuhi segala peraturan kursus.
PERALATAN
Kursus ini akan menggunakan bahan-bahan pembelajaran seperti OHP, Computered Presentation dan Whiteboard (bergantung kepada keadaan).
PENSYARAH
- Ustaz Suhaib ar-Rumy Selamat – Kursus Syariah Universiti al-Azhar, Mesir
- Ustazah Uswah Abdul Halim – Kursus Syariah Universiti al-Azhar, Mesir
TEMPAT
Madina Mosque, MANCHESTER, UNITED KINGDOM
SIJIL
Sijil akan diberikan kepada mereka yang telah tamat. Sijil dikeluarkan oleh ISMA Eropah.
RINGKASAN MODUL
MODUL 1 : ULUM QURAN DAN USUL TAFSIR
Subjek ini bertujuan memperkenalkan al-Quran sebagai wahyu dari Allah s.w.t. yang menjadi sumber utama kepada perundangan Islam dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya.
Tajuk-tajuk yang ditekankan ialah: Pengertian Ulum al-Quran, Nuzul al-Quran: Meliputi sejarah turunnya al-Quran, cara-cara pembahagian kepada ayat-ayat Makki dan Madani, Sebab-sebab Nuzul dan kaitannya dengan konsep Istinbat, Pembahagian ayat-ayat kepada: Muhkam dan Mustasyabih, Am dan Khas, Nasikh dan Mansukh, Gharib al-Quran, Sejarah pertumbuhan tafsir-tafsir al-Quran dari abad pertama hijrah hingga abad pembukuan ilmu-ilmu Islam
Kursus ini akan memperkenalkan sejarah pertumbuhan Tafsir al-Quran dan perkembangannya serta metodologi yang dipakai oleh ahli tafsir dan bentuk kitab-kitab tafsir dari berbagai golongan.
Juga dibincangkan perbezaan antara Tafsir, Ta’wil, Terjemahan dan Tafsir dengan bahasa `Ajam, Tafsir pada zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat termasuk tokoh-tokoh Tafsir dari kalangan sahabat, Sejarah perkembangan Tafsir di zaman Tabi’in, membicarakan sumber-sumber rujukan serta kemunculan beberapa golongan ahli Tafsir di beberapa tempat, Tafsir al-Quran pada masa pembukuannya serta bentuk-bentuk Tafsir yang lahir pada masa itu, Bentuk-bentuk Tafsir yang pada abad ini, termasuk Tafsir bercorak sains, kemasyarakatan dan isu-isu semasa.
MODUL 2 : ULUM HADIS
Subjek ini bertujuan memperkenalkan hadith sebagai sumber kedua perundangan Islam tajuk-tajuk yang berkaitan dengannya.
Perbincangan berkisar sekitar tajuk-tajuk: Pengertian Ulum al-Hadith, Perbezaan Sunnah, Bid’ah dan Hadith Qudsi, Kedudukan sunnah dalam Syari`ah Islam, Sejarah perkembangan hadith sejak zaman Nabi sehingga selesainya pembukuan, Sejarah perkembangan ilmu-ilmu hadith dan sistem-sistem penulisannya, termasuk hal-hal perawi, cara-cara penerimaan dan penyebaran hadith, hadith Gharib, Nasikh dan Mansukhnya dan ilmu `Ilal al-Hadith.
Subjek ini juga akan membincangkan secara terperinci istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu hadith. Antara tujuannya untuk mengenal pasti hadith-hadith yang boleh diterima dalam pembinaan hukum-hukum Islam. Antaranya ialah Pengertian terhadap bahagian hadith dari sudut bilangan pembawanya, Pengertian terhadap bahagian-bahagian hadith dari segi penerimaan dan penolakan, Kedudukan hadith-hadith Mauquf dan Maqtu’, Kajian mengenai ahli-ahli hadith, sahabat, Tabi’in dan seterusnya, Hadith-hadith palsu dan sebab-sebab pemalsuannya.
MODUL 3 : PENGANTAR SYARIAH ISLAM
Subjek ini bertujuan untuk meneliti Syariat Islam secara menyeluruh dan juga aspek sejarahnya. Ia memberi kemahiran kepada peserta mengenai asas-asas perkembangan hukum. Diharapkan dengan kemahiran berkenaan mereka boleh menilai keperluan perubahan hukum semasa dan batas-batasnya sepertimana dikehendaki oleh Syariah Islam.
Tajuk yang ditekankan juga ialah huraian ringkas tentang konsep syariah itu sendiri dan yang dimaksudkan dengan Syariah Islam, latar belakang masyarakat Arab dan dunia pada waktu Syariat Islam diturunkan, proses pengasas Syariat Islam dan penurunan wahyu sebagai asasnya, bagaimana Syariat itu ditafsirkan oleh para ulama selepas Rasulullah untuk keperluan zaman mereka, bagaimana pentafsiran boleh berbeza oleh perbezaan mentaliti dan persekitaran semasa dan setempat, dan keperluan menambah imput baru dalam pentafsiran Syariat Islam bagi tujuan penghayatan terkini.
Kemudian peserta akan diberi pendedahan asas secara ringkas dan komprehensif bagi pengajian Syariah, sebagai pengantar kepada pengajian selanjutnya, yang lebih mendetil dan mendalam.
UNTUK PERTANYAAN LANJUT:
Sila hubungi :
Zolhelmi, Manchester : 07554417817
Arifah, Manchester : 07895780444
Comments
Powered by Facebook Comments






Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






salam wbt.
tumpang tanya, kalau nak ikut prog ni, tapi tak dapat pergi full program boleh ke?
contohnya, hanya available selepas 28hb. boleh ke ikut lambat?
jzkk in advance
waailaikumussalam w.b.t
jazakallah ya ukhti atas pertanyaan,
program basically adalah di antara 27hb – 31hb Mac 2010.. tentatif nya secara kasar adalah seperti berikut :
27hb : Bicara Mufti ( Dr Juanda ) dan Topik 1 : Pengantara Syarak
28hb : Ulum Quran
29hb : Ulum Hadis
30hb : Pemikiran Al – Banna dalam melakar agenda bangsa
31hb : Bedah Buku : Hadza Deen
Kami sgt menghargai jika saudari dapat menghadiri program walaupun selepas 28hb. Tetapi pihak kami memohon maaf jika terdapat beberapa tajuk yg tidak dapat disertai saudari.. : )
Salam wbt.
Beberapa soalan.
1. Bagaimana mahu daftar?
2. Berapa yurannya?
3. Bagaimana dengan penginapan? Di masjid itu ataupun perlu cari sendiri di Manchester nanti?
Maaf jika sudah ada di mana-mana jawapan ini, tapi saya xjumpa pula. Saya juga tidak dapat hadir pada 2 hari pertama kerana ada komitmen lain.
Saya sangat suka program sebegini.
Jazakallahu khayr.
Akmal
Waalaikumussalam w.b.t
Terima kasih kerana bertanya ya akhi…
1. Cara mendaftar : 1) Email kepada media_ismaeropah@yahoo.com
2) Hubungi : Brothers : Zolhelmi : +447554417817 or zolhelmimdzuki@yahoo.co.uk
Sisters : Arifah : +447895780444 or rifahthetwin@yahoo.com.my
2. Yuran : 15 Pound ( hanya untuk kos makanan )
3. Penginapan adalah di Medina Mosque Manchester, tempat sama program berlangsung.. Oleh itu, tiada bayaran dikenakan untuk penginapan.
Minta maaf daripada pihak kami jika terdapat sebarang penerangan yang tidak jelas. Jika masih terdapat kekeliruan, kami berbesar hati untuk membantu saudara..
Jazakallah khair..
assalamualaykum wbt.
ada 5 modul kan? apa yg lagi 2 tu?
kalau macam dtg lambat, to terlepas beberapa topik, kalau tak dapat jawab masa ujian mcm mana? takpe ke?
exam-minded ni. fobia sikit kot dgn ‘peperiksaan’ tu. hehe
jzkk.
to > tp*. typo. maaf.
waalaikumussalam w.b.t
1) lagi 2 modul adalah bahasa arab dan fiqh.. 2 modul ini akan di”cover” di Mesir oleh Ustaz – ustaz daripada ISMA Mesir. Kebiasaannya adalah sewaktu cuti musim panas, apabila pulang ke Malaysia.. stop over di Mesir seketika..
2) Kalo terlepas.. kami akan sesuaikan dengan exam.. InsyaAllah bisa diurus… Exam sekadar untuk mengulangkaji semula apa yg telah dipelajari