JUMP 2017 : Puncak Tertinggi Wales Ditawan, Bukti Kesungguhan Ahli

Snowdonia, Wales, 14 April- Jalinan Ukhuwah Musim Panas(JUMP) anjuran ISMA UK-Eire telah berjaya menghimpun ahli ISMA di UK dan Ireland di dalam program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam.

Program yang bervisikan “Mencabar Diri, Mengekal Tradisi” ini telah memberikan penekanan yang jitu terhadap ahli ISMA UK-Eire akan kepentingan mencapai tahap fizikal yang optimum dan menanam sikap mencabar diri untuk menolak banteng keselesaan ke tahap yang lebih tinggi.

Peserta juga ditekankan untuk mengekalkan tradisi dan budaya tradisional yang terpuji dan berlandaskan syara’ agar dapat diwariskan ke generasi yang akan datang.

“Pengekalan tradisi ini merupakan aspek penting yang perlu diterapkan dalam jiwa setiap peserta untuk mendepani cabaran globalisasi yang membawa bersama budaya negatif yang bertentangan dengan syariat Islam” ujar Saiful, ahli jawatankuasa JUMP.

Menyentuh mengenai dapatan program, Pengerusi ISMA UK-Eire, Muhammad Azizi bin Mohd Rosli meminta agar semua peserta mengambil sebanyak mungkin ibrah dari program ini agar mesej Islam di kawasan masing-masing terus gencar dan subur.

“Mahasiswa tidak boleh lagi bersenang-lenang dan terus hanyut dalam arus  modenisasi  yang  kian  mencengkam. Segala persiapan mental, fizikal, ilmu, kefahaman, dan jati diri perlu disiap-siagakan sederas mungkin” kata Azizi.

Program yang sarat dengan aktiviti fizikal ini juga memperlihatkan kejayaan peserta untuk menawan puncak Snowdonia yang merupakan puncak ketiga tertinggi di UK dengan ketinggian 1085 meter dari paras laut.

Sepanjang pendakian ke puncak, peserta didedahkan dengan pengalaman dakwah dan tarbiyah di UK yang telah dilalui oleh ahli ISMA disamping ditekankan untuk menghayati keindahan alam tuhan yang sungguh sempurna dan berperanan di dalam paksi yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Program ini juga mendedahkan kepada ahli ISMA UK-Eire akan realiti sebenar umat Islam di Malaysia yang memerlukan kajian yang lebih mendalam dan perhatian yang khusus agar setiap ahli dapat mempersiapkan diri sebelum pulang berbakti di Malaysia.

Muhammad Hafiz bin Romli yang juga merupakan peserta JUMP kali ini meluahkan hasrat agar program seperti ini terus diperkasakan agar ISMA UK-Eire mampu melahirkan para daie yang seimbang daripada sudut fizikal dan mental.

Menyentuh berkenaan dengan dapatan program, beliau berkata “peranan pendakwah di era globalisasi ini menuntut kita untuk menjadi contoh tauladan kepada masyarakat luar yang berada di dalam satu dilema dan krisis identiti yang parah, maka setiap pergerakan dan keputusan pendakwah perlu mengambil kira kemaslahatan ummat secara keseluruhan”.

“Semoga program JUMP ini terus berjaya melahirkan pendakwah dan pemimpin yang berkaliber di masa hadapan serta semoga usaha murni ini sentiasa berada di dalam lingkungan redha Allah S.W.T”.

 

Disediakan oleh,

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

 

photo6028240059297277956

photo6021383762484504654

photo6030491859110963118

photo6319026555170432949 photo6319026555170432948 photo6319026555170432947

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Pengalaman Aktivis ISMA Eropah di Tanah Suci: Menjejak ‘Wahyu’

Hari ini mengambil kesempatan untuk menziarahi gua hira’. Kedudukannya terletak 5.7km dari hotel tempat saya …