Kajian Perubatan Pelajar Malaysia di United Kingdom Terima Pengiktirafan Royal College of Physicians

Cardiff, 17 Nov- Nama Malaysia sekali lagi hari ini harum di bumi United Kingdom apabila kajian perubatan yang diketuai oleh saudari Nor Farzana Abdul Aziz telah mendapat pengiktirafan Royal College of Physician dan Society of Physicians in Wales.

Kajian beliau yang berjudul Utility of Hepatoma Arterial Embolization (HAP) Score in Hepatocellular Carcinoma (HCC) bukan sahaja diiktiraf oleh badan perubatan tersebut malah berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan abstrak terbaik dalam Royal College of Physicians and Society of Physicians in Wales Joint Annual Update in Acute and General Internal Medicine 2017.

Saudari Farzana yang juga merupakan Bendahari Kehormat ISMA UK-Eire dalam satu sesi temubual turut melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Taala atas anugerah ini serta sokongan yang tidak berbelah bagi daripada ibu bapa, para pensyarah, teman seperjuangan dan rakan-rakan khusunya di Cardiff sepanjang perjalanan kajian beliau tersebut.

Saudari Farzana yang sempat dihubungi Media ISMA Eropah berkata, “kesibukan sebagai seorang pelajar perubatan tidak menghalang saya untuk bergerak aktif dalam organisasi pelajar seperti ISMA UK-Eire malah menjadi motivasi penting kepada diri saya untuk terus bijak membahagikan masa.”

Ujar beliau lagi, “seorang pelajar yang cemerlang mestilah seorang yang sentiasa mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa dan yang lebih penting sentiasa memperbaiki diri ke arah menjadi muslimah yang cemerlang di sisi Allah disamping menjadi contoh yang baik di mata masyarakat.”

Ketua Wanita ISMA Eropah, saudari Nurul Diyana Zaidi ketika dihubungi kami berkata, “Biro Wanita ISMA UK-Eire menyambut baik penglibatan ahli secara aktif dalam bidang akademik sekaligus menyumbang secara langsung kepada kesejahteraan masyarakat dan saudari Farzana telah membuktikan kebolehan pendakwah untuk menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai bidang.”

Tambah beliau, “ISMA UK-Eire akan terus komited ke arah pembangunan ahli yang cemerlang secara holistik kerana itulah kunci utama kepada penyelesaian masalah masyarakat kita pada hari ini.”

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

 

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Pengiktirafan Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Israel Bukti Pengkhianatan Amerika Syarikat

Donald Trump hari ini akhirnya membuat satu pengumuman yang mengejutkan jutaan umat Islam apabila secara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *