Aktivis ISMA di Cambridge Penyumbang Dalam Kajian Shariah Daging Sintetik

Cambridge, United Kingdom – Kefahaman terhadap tanggungjawab fardhu kifayah telah mendorong salah seorang aktivis ISMA UK-Eire, saudara Amin Rukaini untuk turut menyumbang dan membantu dalam penghasilan satu artikel bertajuk “Cultured meat in Islamic Perspective”.

Artikel yang diketuai oleh saudara Mohammad Naqib Hamdan iaitu penuntut PhD dalam bidang syariah di Universiti Malaya telah berjaya diterbitkan ke dalam Journal of Religion and Health baru-baru ini.

Minat saudara Amin dalam kajian ‘cultured meat’ atau daging sintetik ini telah timbul sewaktu pembelajaran beliau di peringkat master di University of Edinburgh, UK apabila satu kerja kursus beliau bertemakan Stem Cells telah mendapat sambutan yang baik daripada pensyarah.

Berikutan itu beliau telah mula menjinakkan diri dalam bidang ini dengan menulis satu artikel berkenaan ‘culture meat’ di dalam blog peribadinya.

Artikel yang ditulis telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk saudara Mohammad Naqib Hamdan.

‘cultured meat’ atau juga dikenali dengan daging sintetik merupakan kaedah penghasilan daging yang dibiakkan di kultur sel dan bukannya di dalam haiwan seperti kebiasaan.

Ketika ditemuramah, beliau berkata “saya dapati golongan Shiah menyatakan pelbagai pendapat di dalam bidang ‘culture meat’ ini mengikut mazhab mereka; sudah tentu terpesong daripada hakikat sebenar”.

“Bagi saya ini amat menyedihkan kerana sepatutnya Umat Islam yang berlandaskan syariat yang tepat (sunni) perlu lebih proaktif dalam meneliti persoalan baru ini”.

Perkara ini telah menyebabkan beliau terpanggil untuk turut serta menyumbang membantu dalam menerbitkan kajian dalam perspektif Islam ini di samping berharap kerya seperti ini dapat diterbitkan banyak lagi di masa hadapan.

Saudara Amin yang juga merupakan calon PhD di Cambridge University ini juga menyarankan agar pelajar Malaysia dalam bidang sains khususnya turut serta bergiat secara aktif dalam menyumbang idea dan penulisan untuk melihat sains dalam kaca mata Islam.

Beliau juga menekankan “Sains itu saya lihat hanyalah satu ‘alat’ yang membolehkan kita memahami agama dalam konteks aqidah dan tauhid, iaitu mengenali siapa pencipta kita”.

Anak jati kelahiran Kedah ini juga turut mengingatkan masyarakat luar agar tidak terpengaruh dengan fahaman bahawa sains dan islam itu tidak selari.

Fahaman yang terlalu ekstrim ini ujar beliau telah menyebabkan masyarakat gagal untuk mendalami sesuatu ilmu sains itu dengan keseluruhan kerana dapatan sains yang didapati oleh para saintis sebenarnya berkait rapat dengan kefahaman kita untuk lebih mendalami ilmu tauhid dan ilmu-ilmu Allah S.W.T. yang sangat luas.

dapatkan kertas kerja tersebut di sini

17098602_10208492562939306_2460106438740695731_n

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1438H

Bismillahirrahmanirrahim   Assalamualaikum wbt Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurniaNya, dapat kita menyambut sekali lagi …