Kehilangan Rasa


Jika kau memancing ikan dan ikan itu telah lekat pada mata kailmu, maka ambil lah terus ikan itu…

Janganlah sesekali kau lepaskannya kembali ke laut kerana ikan itu pasti telah terluka akibat mata kailmu itu…

Dan kesakitan itu pasti akan terus menemaninya sepanjang hayatnya…

Jika kau sudah mempunyai sepinggan nasi yang berkhasiat dan kau yakin dapat mengenyangkan, mengapa masih mencari yang lain?

Mencari yang lain yang kau rasa lebih baik…

Sedangkan engkau masih belum pasti adakah ianya benar-benar baik untukmu ataupun tidak.

Akhirnya engkau dapati apa yang dikejar itu hanyalah tipuan belaka,

dan nasi yang kau tinggalkan tadi telah rosak dan tidak dapat dimakan lagi.

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png

Comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Comment