Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan dengan mengadakan Mesyuarat Rangka Strategik ISMA Sheffield tahun 2017 dan 2018.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua ISMA Sheffield sendiri, saudara Hafidz Romli yang telah berlangsung di Sheffield University Student Union.

Mengulas mengenai objektif utama mesyuarat, saudara Hafidz berkata, “mesyuarat ini berjaya mengumpulkan keseluruhan ahli ISMA Sheffield untuk duduk semeja membincangkan program dan aktiviti sepanjang tahun dalam pada masa yang sama menyusun kembali strategi dakwah jangka masa panjang.”

Ujar beliau lagi, “pembinaan organisasi merupakan elemen yang sangat penting dalam mempastikan setiap ahli menjalankan peranan masing-masing dalam kerangka dakwah dan tarbiyah.”

Turut hadir merasmikan mesyuarat tempoh hari ialah saudara Faqih Aqili Shuhaili, Timbalan Pengerusi ISMA Eropah.

Saudara Faqih yang telah dihubungi oleh pihak media ISMA Eropah berkata, “setiap ahli ISMA UK-Eire secara umunya perlu sedar bahawa gerak kerja dakwah yang dinamik bukan sahaja dengan program rutin seperti usrah tetapi perlu diterjemahkan melalui output lain seperti program-program dakwah umum.”

Beliau juga menegaskan segala aktiviti yang dijalankan di peringkat kawasan seperti di Sheffield akan sentiasa mendapat sokongan dan bantuan agensi ISMA UK-Eire yang lain seperti I-Fitness Eropah, Himmah Corp dan Media ISMA Eropah.

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Pengiktirafan Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Israel Bukti Pengkhianatan Amerika Syarikat

Donald Trump hari ini akhirnya membuat satu pengumuman yang mengejutkan jutaan umat Islam apabila secara …