Kenapa???

Bismillahirrahmanirrahim..

Kutujukan ‘entri’ terbaru ku ini buat semua sahabat perjuangan, yang sama-sama mula mengenal tarbiyah ini, sama-sama ditunjukkan Allah jalan ini, yang bersama-samaku merasa manisnya ukhuwwah kerana Allah. Salam ukhuwwah beserta rindu dariku.

Kutujukan jua bingkisanku ini untuk semua pembaca yang sudi membaca tulisanku ini. Moga mendapat pengajaran dan mutiara yang cuba aku sampaikan walau sedikit.

Kenapa ikut tarbiyah pada awalnya?

~aku katakan padanya, aku cuma mengikut kawan pada mulanya. namun kini, kerana ia adalah kewajipanku melaksanakan penyaksian kepada shahadahku. Kerana ia adalah medan yang mengubah paradigma pemikiranku ini. Juga kerana ia adalah medan untuk menggapai redha Allah, tuhanku, dan juga tuhanmu. Aku memilih university of Tarbiyah ini kerana aku merasakan perlunya islah kepada diriku, bangsaku, saudara segamaku dan juga seluruh ummat manusia ini. Aku memilih jalan ini kerana disinilah aku mula mengenal siapa diriku sebenarnya,serta mula mengenal apa tugasku yang sebenanrnya.

Kenapa sanggup keluar belanja yang banyak semata-mata nak pergi program?

~Kerana aku merasakan apa sangatlah duit ini kalau nak dibandingkan dengan apa yang bakal aku perolehi nanti. Terlalu kecil nilainya. Juga kerana ia dapat mendidik diriku ini berkorban dan sanggup berkorban untuk agama ini. Itulah medanku untuk ‘recharge’ imanku yang senantiasa turun dan naik ini. Berjumpa dengan mereka yang sama-sama di jalan ini merupakan satu kelegaan, dan kadangkala aku merasakan bahawa kemenangan Islam itu sudah semakin dekat apabila berada dalam kelompok ini.

Kenapa sanggup menghabiskan masa dengan program tarbiyah?

~kerana aku memikirkan daripada aku menghabiskan masa dengan perkara dunia yang lain, lebih baik masaku terisi dengan perkara bermanfaat. Bukan sahaja bermanfaat kepada diriku, bahkan juga kepada umatku. Tiada apa yang dibazirkan, malah menguntungkan. Disitulah letaknya cabaran yang perlu dilalui apabila aku memilih jalan ini, kerana bukankah salah satu daripada muwasafat tarbiyah itu, tersusun urusannya. Berada di medan ini memerlukan masa itu diruskan dengan sebaik-baiknya. Moga menjadi qudwah buat semua. Bukankah kewajipan itu melebihi masa yang ada? Kita tidak mampu untuk membazirkan masa kita sekiranya menyedari akan hakikat ini.

Tak bosan ke dengan semua ni?

~Masakan diri boleh bosan sekiranya diri memikirkan segala nikmat di syurga kelak. Bukankah tiket ke syurga itu mahal harganya? bagiku, ber’usrah’ bersama teman itulah sumber kegembiraanku, al-Quran itulah sumber ketenanganku, melihat mad’u sedikit demi sedikit mula mendekati dakwah itulah keseronokan bagiku serta segala macam program tarbiyah itulah kebahagiaan bagi diriku. Jadi, tiada ruang bagiku untuk berasa bosan apabila berada dalam sisitem ini.

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/reddit_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/dzone_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/stumbleupon_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/delicious_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/blinklist_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/blogmarks_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/furl_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/newsvine_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/technorati_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/sphinn_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/mixx_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/meneame_48.png

Filed Under: Ilmu dan Artikel

About the Author:

RSSComments (View Comments)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. ana.muslim says:

    jzk akhi..renungan menarik dari dulu hingga kini:)

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
  • Untaian Rangkai Kata

    Wahai Ikhwan, tidak akan ada lagi orang yang meneriakkan pekikan untuk seseorang dalam dakwah kita. Dakwah kita adalah dakwah Islamiyah Rabbaniyah yang berlandaskan aqidah tauhid. Dakwah tidak akan menyimpang dari aqidah ini. Wahai Ikhwan, luapan semangat jangan membuat kalian lupa pada prinsip-prinsip yang kita yakini. Pekikan kita adalah, “Ar-Rasul Qudwatuna (Rasulullah teladan kita)!— Imam Hassan Al-Banna, Kaherah, 1938

  • Jom Menderma di Bulan Ramadhan [Klik untuk besarkan]

  • Karnival Khidmat Masyarakat
  • Fokus ISMA
  • Pautan ISMA Luar Negara
  • Majlis Ulama’ ISMA
  • Pimpinan Isma
  • Aman Palestin