Kisah Pelajar Malaysia di Eropah : Cabaran Jadi Guru Quran di Ireland

Saya pernah berkesempatan untuk menjadi tutor Al-Quran kepada kanak-kanak Muslim keturunan bangsa Afrika (Negara benua Afrika seperti Nigeria, Tanzania, Sudan, Somalia etc.) semasa saya berada di Tahun 1 pengajian di Dublin.

Alhamdulillah ia satu peluang yang sangat bermakna buat diri saya. Saya ingat lagi ketika pertama kali berjumpa dengan Brother Salleh, seorang pemandu Teksi tempatan (seorang wargangeara Nigeria yang bermastautin di Ireland untuk mencari rezeki di sana) di masjid Blackpitt, Dublin 8 selepas mengimami solat Jemaah di sana.

Ketika berbual dengan beliau, nampak sungguh kerisauannya dari raut wajahnya kepada saya,

“Brother, can you help me with those kids in Swords, Dublin to teach them read Quran?”

Saya sebenarnya pada waktu tersebut amat berat hati untuk ke sana kerana beban masa dan jarak perjalanan yang agak jauh untuk ulang alik ke sana tiap-tiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad).  Jarak perjalanan yang agak jauh lebih kurang satu jam perjalanan dengan menaiki 2 buah bas transit dan kos Rambler yang agak tinggi menyebabkan saya hanya tersenyum tawar dengan tawaran tersebut.

Tetapi apabila melihat kesungguhan dan kerisauan beliau menceritakan keperluan masa depan kanak-kanak tersebut, saya gagahkan diri juga untuk terima.

Alhamdulillah satu pengalaman menarik dapat berjumpa dgn adik-adik di sana. Terdapat hampir 12-18 orang yang menyertai kelas tersebut, rata-rata berumur dari jarak umur 5 tahun sehingga 17 tahun. Kebiasaanya saya dan Brother Salleh akan membahagikan bilangan pelajar kepada 2 kelompok. Tahap 1 dan Tahap 2. Saya akan mengajar pelajar Tahap 1 bermula dengan perkara asas seperti makhraj, huruf, hokum tajwid asas melalui modul yang disediakan (seperti iqra’ dan muqaddam). Brother Salleh pula akan mengajar dari sudut bacaan Al-Quran mengikut mashaf resam uthmani.

Mencabar juga untuk mengajar Al-Quran dalam Bahasa inggeris khususnya hukum-hukum tajwid. Dengan msalah komunikasi yang agak limited dalam Bahasa Al-Quran, saya ajar mengikut pengetahuan yang saya ada. Sabar dengan penuh ketekunan. Selesai kelas  bacaan Al-Quran, saya akan memimpin mereka untuk bacaan doa penutup.

Begitulah rutin saya setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad. Kebiasannya saya akan bertolak pagi selepas solat Subuh dan akan pulang selepas solat Zuhur (Winter waktu solat pendek sekejap). Sempat juga untuk berulang alik ke sana selama satu semester pengajian.. ttp selepas semester ke-2 saya mohon izin untuk melepaskan amanah tersebut kerana tuntutan akademik yang lebih berat dan program tarbiyah yang padat pada hujung minggu.

Sudah pasti saya merindui adik-adik tersebut. Dengan panggilan Aufa (dalam Bahasa Nigeria) atau kita kenali sebagai ustaz, saya pasti mereka juga lebih mesra dengan panggilan tersebut berbanding teacher.

Apa yang mengagumkan saya adalah melihat kesungguhan Brother Salleh yang begitu komited mendidik anak bangsanya mengajar Quran. Dia pernah kata kepada saya sewaktu berada dalam kereta, bahawa rata-rata anak bangsa yang beragama Islam sperti beliau yang lahir dan belajar disini (baca: Ireland) semuanya hampir tidak lancar dan fasih membaca Al-Quran. Pengetahuan agama mereka juga sangat kurang mungkin kerana akess kepada pendidikan agama dari Swords yang kurang dan ibu bapa yang tidak ambil kisah tentang pendidiknan anak-anak serta susana persekitaran dari masayrakat sekeliling yang tidak islamik dan liberal menyebabkan anak-anak Muslim di situ kurang pendedahan kepada agama.

Tidak silap saya sudah hampir setahun beliau mengambil inisiatif untuk mengumpulkan anak-anak bangsa beliau yang Muslim berkumpul pada hujung minggu di Community Sword Center, Dublin untuk adakan kelas Al-Quran dan kelas Fardhu Ain (Solat dan Aurat).

Benar. semangat dan kecintaan beliau kepada agama sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan diri kita hari ini. Hatta sehingga hari ini beliau masih istiqamah mengajar dan belajar Al-Quran walaupun beliau bukanlah belajar dalam aliran agama. Semangat dan sayangnya beliau kepada agama dan bangsa adalah perkara yang boleh kita contohi. Beliau telah membenarkan agama yang mahal dalam diri beliau.

Moga Allah membalas beliau dan anak-anak didik di Swords dengan sebaik-baik ganjaran.

Muhammad Aiman Hazim

 1

Bersama Brother Salleh, guru Al-Quran dari Nigeria di Swords Community Center, Dublin

 2

Bersama sebahagian adik-adik lelaki Tahap Satu mengjar hokum-hukum asas tajwid mengikut modul khas yang disediakan.

Tiada dalam gambar adik-adik perempuan Tahap Satu (berada di meja lain)

 3

Bersama redzwan, anak kepada Brother Salleh.

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

photo6030491859110963118

JUMP 2017 : Puncak Tertinggi Wales Ditawan, Bukti Kesungguhan Ahli

Snowdonia, Wales, 14 April- Jalinan Ukhuwah Musim Panas(JUMP) anjuran ISMA UK-Eire telah berjaya menghimpun ahli …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *