Kunjungan Musim Sejuk ISMA Sheffield ke Durham dan Manchester Perkukuh Ukhwah Ahli

Durham, 29 Dec- Jawatankuasa ISMA Sheffield baru-baru ini telah berjaya menganjurkan siri lawatan ke semua cawangan utara bagi ISMA UK-Eire.

Siri lawatan ini telah dimulakan dengan perjalanan ke Durham yang terletak di utara England dan memakan masa hampir 3 jam perjalanan dari Sheffield.

Pengarah program lawatan ini, saudara Sazlee berkata, “siri lawatan ini antara lain bertujuan untuk memperkenalkan ahli baharu ISMA Sheffield kepada cawangan ISMA yang lain disamping mengeratkan silaturahim sesame kami.”

Ujar beliau lagi, “walaupun perjalanan sepanjang siri lawatan ini penuh mencabar dengan disambut dengan cuaca yang kurang baik seperti salji tebal semasa hari pertama lawatan, perkara ini tidak mematahkan kami untuk meneruskan perjalanan malah perkara ini menjadi kenangan manis untuk ukhwah yang terbina sesame kami.”

Salah seorang peserta program, saudara Irfan Khalil yang sempat ditemubal Media ISMA Eropah berkata, “lawatan ini sangat bagus kepada ahli baharu ISMA Sheffield untuk berkenalan dan berjumpa dengan rakan baru di cawangan lain.”

Tambah beliau lagi, “perkara ini sebenarnya memudahkan kepada kami di Sheffield untuk mengadakan sebarang jaringan program atau kerjasama dengan cawangan ISMA Uk-Eire yang lain pada masa akan datang.”

Ketua perhubungan ISMA Utara, saudara Qadri Effendy berkata, “program sebegini sangat digalakkan lebih-lebih lagi di cawangan Utara memandangkan ahli ISMA di Utara lebih mencapah ke banyak kawasan. Perkara ini dapat mengeratkan jurang antara kami serta memantapkan lagi organisasi ISMA UK-Eire cawangan utara.”

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kunjungan NYDP ISMA Kota Kinabalu Suntik Semangat Ahli ISMA Eropah

Cardiff, 20 Jan- Seluruh ahli ISMA Eropah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Naib …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *