Kunjungan NYDP ISMA Kota Kinabalu Suntik Semangat Ahli ISMA Eropah

Cardiff, 20 Jan- Seluruh ahli ISMA Eropah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kota Kinabalu, Dr Mohamed Hatta Bin Mohamed Tarmizi dan isteri, Puan Sharifah Suzanne atas kesudian berkunjung meluangkan masa di dalam sesi dialog santai di Cardiff.

Dr Hatta Tarmizi yang sedang menjalankan latihan professional di Liverpool turut sempat meluangkan masa dalam sesi makan malam bersama pimpinan ISMA UK-Eire di Cathys, Cardiff.

Dr Hatta dalam temubual bersama Media ISMA Eropah berkata, “sangat bertuah menjadi ahli ISMA kerana kekuatan organisasi yang bukan sahaja di miliki oleh cawangan di Malaysia malah turut di luar negara. Di samping seorang ahli ISMA mempunyai kenalan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.”

Dr Hatta turut sempat memberi nasihat kepada semua ahli ISMA Eropah untuk terus konsisten dan berusaha keras dalam membentuk individu dan pemimpin muslim yang mampu memberikan impak besar dalam menegakkan syiar Islam pada suatu hari nanti.

Turut berlangsung semalam ialah mesyuarat pertama pimpinan ISMA UK-Eire untuk tahun 2018 di Cardiff.

Saudara Saiful Karim, Ketua Perhubungan ISMA UK-Eire cawangan Selatan, merangkap tuan rumah mesyuarat kali ini berkata dalam sesi temubual bersama Media ISMA Eropah, “tahun 2018 ISMA Eropah sekali lagi bersedia untuk menghadapi cabaran dan menjanjikan persediaan yang lebih rapi dalam membangunkan mahasiswa beragenda.”

Tambah beliau, “kita bukan sahaja sebuah organisasi yang tersusun malah turut berusaha menyediakan platform yang sesuai kepada semua mahasiswa untuk menyumbang kea rah memartabatkan Islam melalui dakwah dan tarbiyah.”

 

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Video Syukur Ungguli Tempat Pertama Pertandingan Video NEXT Sheffield

Sheffield, 18 Okt – Video Syukur keluaran Media ISMA Eropah dengan kerjasama ISMA Cardiff hari …