Kutipan Derma Ramadhan UK-Eire Bantu Aktiviti Masjid Setempat

Cardiff, June 2017- ISMA UK-Eire cawangan Cardiff berjaya mencapai sasaran derma Ramadhan yang telah ditetapkan dengan berjaya mengutip sebanyak £1010.00 dalam masa kurang daripada sebulan.

Program kutipan derma ini telah diserahkan kepada Dr. Mohamed Gaber Elsharoud Pegawai Eksekutif Masjid Darul Isra’ di Cardiff oleh Penolong Ketua Biro Ekonomi ISMA UK-Eire, saudara Saiful Karim.

Menurut beliau “sumbangan derma Ramadhan ini bertujuaan untuk merancakkan aktiviti masjid seperti iftar perdana, tadarus Al-Quran, solat terawih dan banyak lagi”.

Tambah beliau, sumbangan ini juga sebagai initiative ISMA UK-Eire dalam menyediakan platform kepada pelajar-pelajar Malaysia khususnya di UK untuk turut serta dalam melaksanakan ibadah bersedekah yang sangat dituntut di bulan Ramadhan kerana ganjaran pahala yang cukup besar oleh Allah SWT.

Dr. Mohamed Gaber ketika ditemui, memuji sikap pelajar Malaysia di Cardiff khususnya yang sentiasa menyokong penuh aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Masjid Darul Isra’ serta sentiasa memenuhkan ruangan masjid dalam solat berjemaah dan aktiviti yang lain.

Sebahagian aktivis ISMA UK-Eire juga seperti saudara Isma Aiman turut serta menjadi sukarelawan dalam aktiviti dakwah kepada bukan muslim yang telah dianjurkan.

Beliau berharap penglibatan aktif pelajar Malaysia ini akan sentiasa diteruskan ke generasi akan datang dalam memupuk semangat komuniti muslim yang harmoni dan rahmah.

Program Derma Ramadhan ini juga merupakan sebahagian daripada program yang dianjurkan oleh ISMA UK-Eire di bawah Projek Indahnya Ramadhan Eropah yang merangkumi pelbagai aktiviti lain lagi seperti tadarus Al-Quran, rehlah masyi, dan banyak lagi.

 

Disediakan oleh,

Muhammad Thalhah

 

 

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Pengiktirafan Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Israel Bukti Pengkhianatan Amerika Syarikat

Donald Trump hari ini akhirnya membuat satu pengumuman yang mengejutkan jutaan umat Islam apabila secara …