Lawatan Delegasi ISMA UK-Eire ke Dublin Disambut Meriah

Dublin, 28 Okt- Delegasi ISMA UK-Eire telah mengadakan lawatan rasmi dan mesyuarat bulanan pada minggu lepas di Malaysian Hall Dublin di sini.

Lawatan rasmi ini merupakan julung kali diadakan selepas kali terakhir dilakukan pada Mac 2015 semasa program Jalinan Ukhwah Musim Panas.

Turut hadir bersama delegasi ini ialah Pengerusi ISMA UK-Eire, Dr. Azizi Rosli yang mempengerusikan mesyuarat bulanan JKP dan bersama menjadi panel dalam satu forum bersama pelajar baharu Malaysia yang terdiri daripada pelajar Royal College of Surgeon, University College Dublin dan Dublin Business School.

Dr. Azizi yang sempat ditemubual berkata, “lawatan ini merupakan inisiatif daripada pimpinan ISMA UK-Eire untuk sama-sama meraikan ahli ISMA UK-Eire di Ireland bersama pelajar baharu dengan sedikit perkongsian pengalaman dan memperkenalkan ISMA kepada mereka”.

Ketua Perhubungan ISMA Ireland merangkap tuan rumah bagi mesyuarat kali ini, saudara Hazreen Ismail di dalam satu sesi dialog bersama JKP dan pelajar baharu berkata “kedatangan delegasi JKP ISMA UK-Eire yang tiba dari pelbagai lokaliti di seluruh UK dan Ireland membuktikan ISMA UK-Eire begitu komited dalam menyokong usaha dakwah dan tarbiyah pelajar di Ireland khususnya. Ujar beliau lagi “lawatan sebegini sedikit sebanyak memberi penyuntik semangat dalam amal dakwah di Ireland.

Dianggarkan seramai 30 orang pelajar baharu telah hadir di dalam sesi forum bersama Pengerusi ISMA UK-Eire. Program lawatan ini di meriahkan lagi dengan slot makan malam bersama dan program Qiamullail bulanan pelajar perubatan Ireland.

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *