Lawatan Rasmi ke Education Malaysia London

Delegasi ISMA Eropah yang diketuai oleh pengerusi, Dr Muhammad Azizi telah melakukan kunjungan rasmi ke pejabat Education Malaysia di Bayswater, London.

Kunjungan rasmi ini telah disambut oleh Pengarah Education Malaysia London sendiri iaitu Professor Madya Dr. Zainal Abidin. Pertemuan yang berlangsung hampir 2 jam itu telah membincangkan pelbagai isu merangkumi aktiviti pelajar dan sebarang kerjasama yang boleh dilakukan antara ISMA Eropah dan pihak Education Malaysia London. Lawatan rasmi ini merupakan kunjungan pertama ISMA Eropah ke pejabat Education Malaysia secara rasmi sejak Professor Madya Dr. Zainal Abidin mengambil alih jawatan pengarah di Education Malaysia London.

ISMA Eropah merupakan persatuan pelajar yang telah berdaftar dengan Education Malaysia sejak tahun 2013 dan banyak program kerjasama telah dilakukan seperti sambutan Maulidur Rasul, kursus perkahwinan dan banyak lagi. Kerjasama yang terjalin ini menunjukkan ISMA Eropah merupakan persatuan pelajar yang bergiat aktif dalam menghidupkan aktivisme para mahasiswa dan mengambil berat akan isu semasa pelajar di UK.

Turut hadir bersama delegasi ini ialah Professor Dr. Zainur Rashid yang turut hadir ke London untuk menerima anugerah Honorary Fellowship dari Royal College of Obstetricians and Gynaecologists London

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Pengiktirafan Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Israel Bukti Pengkhianatan Amerika Syarikat

Donald Trump hari ini akhirnya membuat satu pengumuman yang mengejutkan jutaan umat Islam apabila secara …