Leeds


Assalamualaikum buat anda yang akan menyambungkan pelajaran ke Leeds, United Kingdom. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang ke Leeds. Dalam artikel ini, saya akan cuba untuk berkongsi dengan anda perihal bandar ‘compact’ ini. Bagi anda yang biasa dengan suasana bandar dan pada masa yang sama gemar menikmati keindahan dan kehijauan alam semula jadi, Leeds merupakan lokasi yang sangat sesuai bagi anda! Tempat yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia di sini ialah di Hyde park. Hal ini kerana Leeds Grand Mosque terletak di sini. Pengangkutan utama di sini ialah bas awam yang dikendalikan oleh syarikat First (First Bus).

hyde park

Pemandangan di Hyde Park

leeds
Sekarang, kita beralih pula kepada universiti. Terdapat dua university utama, iaitu University of Leeds dan Leeds Beckett. Namun, fokus untuk artikel ini ialah untuk memperkenalkan anda kepada University of Leeds, sekiranya mempunyai soalan berkenaan tentang Leeds Beckett bolehlah bertanya terus kepada saya. Leeds Uni merupakan university kampus, bererti bahawa hampir 95% bangunan universiti terletak di dalam kawasan university. Daripada hujung ke hujung, mengambil masa 10 minit untuk berjalan.
peta leeds

Peta universiti

parkinson building

Parkinson Building Leeds

Bagi pelajar Malaysia, terutamanya muslim, makanan halal dan masjid merupakan satu perkara yang sangat dititikberatkan. Usah risau, usah gentar. Leeds adalah antara bandar yang paling ramai bilangan penduduk muslim di UK. Terdapat 3 buah masjid yang terletak di Hyde Park sahaja, yang sering dikunjungi ialah Makki mosque dan Leeds Grand Mosque. Di bandar pula, kompleks beli-belah mempunyai surau yang disediakan tempat mengambil wudhu! Begitu juga dengan kedai makanan halal, di Leeds terdapat deretan kedai makanan halal yang menyediakan makanan fast food, Pakistan mahupun makanan arab. Tambahan pula, di Leeds, terdapat kedai kebab yang diakui paling enak diBritain iaitu Kebab Zulfi.
Bagaimana pula dengan kos sara hidup? Sepanjang saya menjelajahi UK, saya mendapati bahawa Leeds merupakan antara tempat yang paling murah di UK, terutamanya bahan-bahan mentah,sayur-sayuran dan buah-buahan yang  dijual di Leeds Market dijual dengan harga yang 2 ke 4 kali lebih murah berbanding dengan pasar raya biasa. Kedai Abu Bakar juga sering mengadakan promosi yang tidak masuk akal harganya.

Sekiranya anda bukan jenis orang yang study sahaja, anda boleh menyertai pelbagai kelab yang menarik di Universiti of Leeds (https://www.luu.org.uk/groups/) . Anda juga sangat digalakkan untuk menyertai Persatuan LUMSOC (Leeds University Malaysian Society) kerana mereka akanmengendalikan dan menjaga kebajikan anda yang berada di Leeds. Satu lagi kelebihan anda menyertai persatuan ini ialah untuk bertemu dengan pelajar Malaysia yang lain selain  menyertai pelbagai aktiviti persatuan seperti sukan mingguan, Quranic Circle, Nisa Nasheed Extravaganza (untuk wanita sahaja), dan pelbagai aktiviti yang menarik dan mengubat rindu kepada Malaysia.  Sekiranya  anda meminati bola sepak, Leeds mempunyai pasukan bola sepak antara yang terbaik dalam kalangan persatuan Malaysia UK.

Sampai sinilah perkongsian saya berkenaan bandar mastautin saya buat masa ini. Sekiranya anda mempunyai persoalan berkenaan Leeds, anda digalakkan untuk bertanya berkenaan bandar yang meriah ini.

Muhammad Azri bin Mohammad Aris
Pelajar Geological Science, Leeds University
Email : [email protected]
Facebook : Muhd Azri May

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Durham

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Durham University. Tahniah juga atas usaha dan …