Legasi Kepimpinan ISMA Cardiff Diteruskan Dengan Generasi Baharu

Cardiff,4 Feb- ISMA Cardiff hari ini telah kembali mengadakan mesyuarat cawangan bagi menyusun strategi dan melatih kepimpinan ahli bagi tahun 2018 dan 2019.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Perhubungan Selatan ISMA UK-Eire iaitu saudara Saiful Karim yang telah berlangsung di Dewan Aktiviti, Darul Isra’.

Nasihat beliau kepada ahli ISMA, “Sesungguhnya kita harus sama-sama bergerak untuk membuktikan janji Allah. Namun, perlunya strategi yang teratur kerana kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak terancang”.

Ujar beliau lagi, “Matlamat organisasi ISMA bukanlah meletakkan keuntungan semata-mata. Namun, tujuan kita jelas untuk melatih membentuk mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berkepimpinan tinggi serta mengajak masyarakat ke arah kebaikan dan mencegah keburukan”.

Hasil dari mesyuarat tersebut, hari ini jawatankuasa ISMA Cardiff telah melantik saudara Muhammad Faris Hanafi sebagai Ketua ISMA Cardiff baharu menggantikan saudara Saiful Karim yang akan berpindah ke kawasan baharu.

Saudara Faris Hanafi dalam ucapan beliau sempena lantikan itu berkata, “dalam organisasi dakwah, pentingnya bergerak secara jemaah. Dalam jemaah, setiap ahli mempunyai bakat masing-masing. Gunakan ia demi kebaikan agama Islam”.

Biro Komunikasi dan Media ISMA UK-Eire

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Video Syukur Ungguli Tempat Pertama Pertandingan Video NEXT Sheffield

Sheffield, 18 Okt – Video Syukur keluaran Media ISMA Eropah dengan kerjasama ISMA Cardiff hari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *