Liqa’ Sisters Cardiff Hidupkan Suasana Solehah

Cardiff, 3 Nov 2017 – Liqa’ Sisters Cardiff membuka tirai, melangsungkan sesi liqa’ yang pertama bagi sesi 2017/2018 dengan mengupas tafsir surah pilihan Juzuk ‘Amma.

Majlis ilmu santai yang mula diadakan sejak 3 tahun lalu ini mengumpulkan para mahasiswi Cardiff University yang terdiri daripada golongan mahasiswi sarjana muda dan sarjana untuk sama-sama berkongsi ilmu, kisah dan pengalaman tentang Islam.

“Tujuan utama Liqa’ adalah untuk menghidupkan suasana solehah dan mendekatkan diri kepada Allah walaupun mahasiswi berada dalam kesibukan kelas dan jadual harian masing-masing.” jelas saudari Syahidah.

“Di samping itu, Liqa’ memberi peluang kepada para mahasiswi di Cardiff untuk saling mengenali dan mengeratkan ukhuwwah Islamiyah antara satu sama lain.” ujar beliau lagi.

Liqa’ pada sesi kali ini membawa sedikit kelainan kerana memilih surah-surah al-Quran Nur Karim yang menarik daripada Juzuk ‘Amma untuk difahami dan dihayati tafsirannya dengan lebih mendalam.

“Surah-surah yang dipilih sememangnya surah yang mempunyai tafsiran dan makna yang amat dekat dengan kehidupan sebagai seorang Muslim di bumi Eropah yang sentiasa memerlukan peringatan yang membasahkan hati.” kata salah seorang ahli jawatankuasa Liqa’.

Sebagai pembukaan yang lebih bermakna pada tahun ini, Liqa’ Sisters Cardiff mengambil peluang untuk menyampaikan empat kunci utama yang terkandung dalam Surah al-‘Asr yang juga disifatkan sebagai peraturan hidup yang sempurna bagi manusia yang akan membawa keuntungan dan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat.

Semoga pendekatan yang diberikan melalui medium Liqa’ Sisters Cardiff ini akan terus membuahkan manfaat dan memberikan suntikan semangat yang lebih bermakna kepada para mahasiswi di Cardiff untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah Muslim yang benar-benar mencerminkan nilai-nilai Islam.

Selaku penganjur, ISMA Cardiff amat mengalu-alukan kehadiran mahasiswi ke Liqa’ Sisters Cardiff yang akan terus diadakan di sepanjang sesi akademik 2017/2018 kali ini.

Sama-sama kita mengejar redha Ilahi !

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *