Malam Bina Iman dan Taqwa ISMA Eropah Zon Selatan


29 Jan 2010, Cardiff – program MABIT sekali lagi dianjurkan di 20, Ruthin Garden. Alhamdulillah, bilangan peserta semakin bertambah, bukan bermakna menambahkan lagi kerisauan tuan rumah akan tetapi menambahkan lagi rezeki tuan rumah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu.”

[HR. Dailami dan Anas]

Tepat 0000 waktu di Cardiff, kelibat seorang demi seorang peserta program datang. Program dimulai dengan acara berkongsi pengalaman sesama peserta yang bertemakan ‘sharing is caring’ sepanjang seminggu dengan hal masing-masing.

Acara kemuncak program dimulai pada pukul 5.30 pg. Program ini bertujuan untuk mendidik peserta program untuk terus beristiqamah dalam qiamullail walaupun dalam jumlah yang sedikit. Selepas solat subuh, bacaan al-mathurat diteruskan secara beramai-ramai. Nikmat pemberian tuan empunya dunia yakni pagi, adalah lebih baik disambut dengan memohon keampunan dari Dia yang pemilik segala yang ada di langit dan di bumi.

Selepas bacaan al- Mathurat, acara diteruskan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Akhi Syafiq Fauzi bertajuk ‘Tujuan Penciptaan Manusia’.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan ingatlah, Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku” (Az-Zariyat: 56)

Banyak persoalan yang dikemukakan oleh Akhi Syafiq untuk dijawab oleh ahli program, antaranya kenapa Allah menciptakan manusia? Untuk tujuan apakah manusia diciptakan? Dan soalan itu dibiarkan untuk dijawab dalam hati masing-masing.Dalam Al-quran menyebut bahawa manusia dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Dan pertamanya, dalam urusan khalifah,manusia perlu kenal Tuhannya dengan sebenar-benar kenal dan menyembah-Nya dengan sebenar-benar sembah.

Manusia diciptakan untuk beribadah. akan tetapi, sesiapa yang cuai melaksanakan tujuan itu, bermakna dia telah cuai dalam melasanakan amanahnya.bermakna dia mensia-siakan kehidupannya yang tentu tiada punya tujuan. Kosong bermakna tiada berguna. Adakah setiap manusia mahu digolongkan dalam kategori ‘tiada berguna’?.

Tercatat dalam hadis Qudsi bahawa Allah menciptakan alam untuk manusia dan manusia dijadikan demi-Nya. Dan dalam hadis Qudsi juga Allah berpesan kepada manusia supaya tidak terlalai dengan apa yang Allah berikan yakni nikmat sehingga lupa tugasnya kepada Allah.

Allah menyenaraikan anugerah-Nya kepada manusia dan menjelaskan betapa manusia berkelakuan aneh apabila berhadapan dengan nikmat-nikmat tersebut yakni banyak berlaku zalim dan kufur akan nikmat-Nya.

Kesimpulan yang dibuat oleh Akhi Syafiq ringkas dan padat iaitu manusia sejak dari awal penciptaan sehingga bumi ditiup sangkakala, akan tetap dengan objektifnya untuk beribadah kepada Allah SWT.

Program tamat selepas sarapan ‘meetiaw’ khas yang disediakn beberapa orang ahli program. Setiap ahli program balik dengan mendapat ‘input’ untuk depergunakan sehingga dipertemukan Ilahi. Bertemu kerana Allah, berpisah juga kerana Allah.

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png

Comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Comment