MABIT ISMA Ireland memacu jiwa rijal – rijal
Pada 20 Februari yang lalu,ISMA Ireland telah menganjurkan program ‘malam bina iman & takwa’(MABIT) buat kali kedua. Alhamdulillah,seramai 7 orang ikhwah sanggup meluangkan masa bagi menghadiri MABIT ini. Program bermula kira-kira jam 9.00 malam dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh akh Ferdaus dari Surah al-Buruj . Seterusnya,akh faez memulakan pembentangan yang berkisar tentang sebuah kisah yang sarat dengan pengajaran, kisah agung yang dinukilkan Allah buat pengajaran kita bersama, kisah Ghulam dan raja yang zalim.
Pembentangan dimulakan dengan hadis Nabi SAW yang menjelaskan kisah tersebut dengan lebih terperinci. Timbul beberapa persoalan di kalangan ikhwah yang hadir tentang latar masa kisah tersebut dan Alhamdulillah kami akhirnya menyedari hikmah Allah tidak menceritakan masa dan tempat berlakunya peristiwa bersejarah ini. Pembentangan diteruskan dengan perbincangan sesama ikhwah tentang peristiwa-peristiwa yang penting yang berlaku dalam kisah ini,tindakan setiap watak dalam mengharungi situasi tersebut dan ibrah di sebalik semuanya. Pembentangan ditamatkan lebih kurang jam 11.15 malam dengan setiap ikhwah yang hadir berkongsi penghayatan dan pengajaran yang mereka peroleh menurut sudut pandangan tersendiri.
Program diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan membaca 1 juzuk. Alhamdulillah, membaca Al-Quran bersama ikhwah sememangnya memberi peluang untuk setiap dari kami memperbaiki bacaan kami. Jujur saya katakan, terdapat kelainan apabila membaca Al-Quran seorang dengan membacanya secara berkumpulan. Bukan sahaja memperbaiki bacaan bahkan memberi ketenangan hati yang sukar diungkap dengan kata-kata, masyaallah! Makan malam juga turut disediakan(pizza Dublin). Apa yang menariknya, perbincangan tentang kisah Ghulam terus menjadi bualan. Mungkin terlalu banyak mutiara hikmah untuk dicungkil dalam tempoh masa pembentangan yang singkat. Ikhwah-ikhwah kemudian bersiap-siap untuk qiamullail keesokan harinya.
Setakat itu sajalah yang mampu dicoretkan untuk mabit ISMA Ireland pada bulan ini. Sekian..
Comments
Powered by Facebook Comments








Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






masya allah.. moga terus istiqamah semua..