Majlis Ulama’ ISMA dilancarkan secara rasmi

Seiring dengan usaha ISMA untuk ‘Membina Generasi Harapan’ berpandukan petunjuk Ilahi, Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) telah dilancarkan secara rasminya sempena Multaqa Asatizah ISMA yang telah berlangsung pada 6 Mac 2010 di Kompleks Kejiranan Presinct 16, Putrajaya. MUIS dipengerusikan oleh Dr. Aznan Hasan (Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa) yang turut dijemput untuk memberi pandangan di dalam Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan.

MUIS  ditubuhkan sebagai sebuah institusi yang berperanan untuk memberi pandangan dan idea bagi memastikan setiap pergerakan ISMA menepati petunjuk Ilahi, lebih-lebih lagi di zaman yang cukup mencabar ini di mana usaha dakwah pasti akan berhadapan dengan pelbagai isu. Di samping itu, MUIS juga berganding bahu dengan biro-biro di dalam ISMA bagi mencapai cita-cita ‘Membina Generasi Harapan’ mengikut kapasiti MUIS sebagai rujukan dalam bidang syarak.

Setiausaha MUIS iaitu Ustaz Ahmad Zainal Abidin yang juga merupakan YDP ISMA Melaka telah menjelaskan tentang MUIS kepada para ustaz dan ustazah ISMA yang hadir di multaqa tersebut. Menurut beliau, “Kewujudan MUIS akan memastikan perjalanan ISMA menepati kehendak syarak dan berupaya menggarap masyarakat contoh, dalam keadaan masyarakat hari ini yang semakin hari semakin tenat. Sesungguhnya kita ibarat “Ruhul Jadid” (roh baru) yang bergerak di dalam ummah.”

Pengerusi
Dr. Aznan Hasan (Universiti Islam Antarabangsa).

Setiausaha
Ustaz Ahmad Zainal Abidin (Universiti Multimedia)

Sekretariat
Dr. Mohd Isa Hamzah (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin (Universiti Sains Islam Malaysia)
Ustaz Anwar Fakhri Omar (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Ustaz Zamri Hashim (Jabatan Mufti Perak)

Ahli-ahli
Dr Ridhwan Ahmad (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Ustaz Kamarudin Awang Mat (Universiti Darul Iman Malaysia)
Ustaz Razali Musa (Universiti Darul Iman Malaysia)
Ustaz Zainuddin Ismail (Universiti Islam Antarabangsa)
Ustaz Ahmad Kamal Muhamad (Ahli Panel Penyelidik JAKIM, Putrajaya)

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/reddit_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/dzone_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/stumbleupon_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/delicious_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/blinklist_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/blogmarks_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/furl_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/newsvine_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/technorati_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/sphinn_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/mixx_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/meneame_48.png