Majlis Wida’ Pelajar Kolej Mara Banting
“Nekad Perjuangkan Agama” Seru Naib Presiden II pada Majlis Wida’ Pelajar KMB
Sepang, 4/4/2010 – Ust Fauzi Asmuni, Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah dijemput berucap pada Majlis Wida’ Pelajar-Pelajar Kolej MARA Banting. Dalam sesi tersebut, beliau menyedarkan bahawa masalah-masalah yang melanda negara tidak akan selesai sekiranya ummat Islam sekadar berdiam diri. Maka, beliau menyeru para hadirin, yang rata-ratanya merupakan pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara, agar bercita-cita lebih tinggi dari sekadar menjadi orang yang baik, sebaliknya bercita-cita memperbaiki keadaan negara & bangsa.

Ust Fauzi menegaskan bahawa siswa-siswi di luar negara mendokong amanah & harapan yang besar dari negara & masyarakat. Tanggungjawab tersebut haruslah diinsafi dan digalas tanpa sebarang keraguan terhadap diri sendiri. Ust Fauzi meyakini bahawa sekiranya para siswa-siswi bernekad untuk memperjuangkan agama, maka mereka akan beransur-ansur berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mampu berbakti kepada ummat. Beliau lantas mengajak para siswa-siswi untuk komit dengan program-program tarbiyyah di luar negara seperti halaqah-halaqah, kursus-kursus dan perkhemahan belia agar dapat memantapkan jatidiri sebagai Muslim yang beramal.
Majlis Wida’ Pelajar-Pelajar KMB merupakan acara tahunan yang dilangsungkan bagi meraikan pelajar-pelajar KMB, yang mengikuti program-program tarbiyyah ISMA, yang tidak lama lagi akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Majlis pada tahun ini telah berlangsung di Dewan Seminar Masjid KLIA Sepang dan dihadiri lebih kurang 30 pelajar KMB. Majlis turut disertai oleh wakil Sektretariat Luar Negara ISMA, saudara Mohd Khoushaini Mohd Naim serta beberapa ahli ISMA lain yang merupakan bekas penuntut luar negara.
Semoga keberangkatan pelajar-pelajar KMB ini akan melonjakkan lagi amal ISMA di luar negara serta memberi sinar baru buat ummat Islam.
Disediakan oleh:
Aizuddin Khalid
Biro Pembangunan Belia
ISMA Cawangan Daerah Hulu Langat






Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Comments
Powered by Facebook Comments