Malam Bina Iman dan Taqwa di Cardiff


Cardiff- 22 Jan 2010 MABIT ,program kedua yang dianjurkan oleh ISMA Eropah zon selatan . Secara popularnya dikenali MABIT sebagai quamullail yang menjadi tunjang kekuatan kepada setiap individu muslim untuk terus berdakwah.

Program disertai oleh pengerak- pengerak ISMA Eropah zon selatan bertujuan untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah yang dibentuk dan untuk membina kekuatan pada diri masing- masing untuk terus kekal dan konsisten dalam jalan dakwah ini. Tempat program berlangsung adalah di rumah 20 ruthin Garden.

Bermula pada 11 malam dengan bacaan beramai- ramai dua surah dari kitab suci Al-quran, mukjizad nabi Allah Muhammad SAW yang kekal hingga akhir zaman. Surah yang dipilih adalah surah Al-Mulk dan Surah As-Sajadah yang menjadi amalan Rasulullah SAW sebelum tidur.

Dari Abu Hurairah, Nabi s.a.w bersabda:

Ada surah di dalam Alqur’an yang terdiri daripada 30 ayat, Surah tersebut dapat memberikan syafa’at bagi ‘temannya’ (yakni orang yang banyak membacanya) sehingga orang tersebut diampuni dosanya, iaitu: Surat Tabarokalladzi bi yadihil mulk”.

(HR. Abu Daud, diriwayatkan pula oleh at-Tirmidzi dan yang lainnya. Hadits ini disahihkan oleh Ibnu Hibban, al-Hakim, dan adz-Dzahabi, sedangkan at-Tirmidzy dan Albani menghasankannya)

Abdulloh bin Mas’ud mengatakan:

Barangsiapa membaca surah Tabarokalladi bi yadihil mulk setiap malam, maka Allah azza wajall menghindarkannya dari azab kubur, dan dahulu kami (para sahabat) di saat Rasulullah s.a.w (masih hidup) menamainya “al-Mani’ah” (penghindar/penghalang). Sesungguhnya surah tersebut ada di dalam Kitabullah, barangsiapa membacanya dalam suatu malam, maka ia telah banyak berbuat kebaikan

(HR. Nasa’i, diriwayatkan pula oleh al-Hakim dan ia mengatakan: sanadnya sahih, dan dihasankan oleh Albani)

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w tidak pernah tidur (malam) sehingga ia membaca surah Alif lam mim tanzil (Surat as-Sajdah) dan surat Tabarokalladzi bi yadihil mulk (surah al-Mulk).

(HR. Ahmad, at-Tirmidzi dan yang lainnya, dihasankan oleh Albani)

Rasulullah saw bersabda, “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada dalam setiap hati orang beriman.”

Walaupun untuk membacanya tidak mengambil masa seharian suntuk, akan tetapi kelebihannya tiada siapa dapat membayangkannya. Program diteruskan dengan sesi berkongsi mengenai pengalaman ataupun aktiviti yang dijalankan sepanjang menetap di bumi eropah. Sebelum tidur ada yang berkongsi mengenai kelebihan- kelebihan quamullail untuk membakar semangat ahli program untuk bangun malam.

Pada paginya, acara kemuncak yang menjadi objektif utama program iaitu quamullail. Aktiviti yang sudah tentu menguji kekuatan setiap individu untuk bangun daripada nikmat tidur dan bermunajad kepada yang empunya dunia dan segala-galanya yakni Allah SWT. Selepas solat subuh aktiviti diteruskan dengan bacaan himpunan doa-doa yang menjadi amalan nabi Muhammad SAW iaitu Al-Mathurat yang dihimpunkan dan dibukukan oleh As-Syahid Imam Hassan Al Banna.

Aktiviti disambung dengan sedikit tazkirah oleh saudara Azizi. Tazkirah yang bertajuk ‘Sifat peribadi Tolhah bin Ubaidillah’. Mengisahkan tentang seorang sahabat yang sangat sayang dan cinta kepada Rasulullah dan diceritakan dalam perang Uhud, Tolhah menjadi ketua kepada kumpulan sahabat yang melindungi Rasulullah ketika mana tentera Islam diserang buat kali kedua. Perang yang member pengajaran kepada tentera islam supaya taat kepada pemimpin selain Allah dan rasul-Nya. Selesai tazkirah, program diakhiri dengan sarapan bersama-sama.

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png

Comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Comment