Melayu tonggak Islam, jatuh Melayu jatuhlah Islam

Tan Sri Dato’ Sri Harussani, Mufti Perak.
Ipoh, 18 November – Dimulakan dengan menzahirkan rasa sayang beliau terhadap nasib bangsa Melayu masa kini, Sahibus Samahah Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Sri Harussani Zakaria kemudiannya menjelaskan hakikat bahawa bangsa Melayu di Malaysia merupakan tonggak kepada kekuatan agama Islam di negara ini. Terancamnya martabat Melayu akan secara langsung mengancam martabat agama Islam di tanahair.
Beliau juga melahirkan rasa gusar terhadap nasib bangsa Melayu yang semakin diketepikan. Era liberalisasi telah menyebabkan hak-hak asasi bangsa Melayu yang juga sinonim dengan agama Islam semakin terancam.
Dalam pertemuan bersama ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) ISMA di Pejabat Mufti Perak pagi tadi, Tan Sri Harussani turut berkongsi pandangan bahawa agama Islam tidaklah melarang sesebuah bangsa itu memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri, dan ini tidaklah digelar sebagai ‘asobiyyah’ seperti yang didakwa sesetengah pihak. Ini dapat dibuktikan melalui sirah Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabien di mana mereka menggunakan semangat kabilah mereka untuk menguatkan saf perjuangan Islam.
Pertemuan ini merupakan siri lawatan JKP ISMA untuk menjelaskan konsep Perpaduan Melayu Muslim yang diperjuangkan oleh ISMA. Rombongan ini telah disertai oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Timbalan Presiden, Abdul Rahman Mat Dali, Naib Presiden II, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni serta wartawan Media ISMA.
Selain dari itu, Sahibus Samahah Mufti Perak juga turut menekankan kepentingan institusi raja dalam membela agama Islam di negeri-negeri di Malaysia. Beliau menyifatkan bahawa Raja-raja adalah berperanan sebagai penaung dalam memartabatkan bangsa Melayu Muslim.
Suasana semasa ialah masyarakat Melayu di Malaysia dibelenggu oleh blok-blok politik, di mana sebarang kebaikan yang ada pada pembangkang akan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan dan begitu juga sebaliknya. Ini menyulitkan lagi proses untuk mengukuhkan ikatan umat Islam di Malaysia. Parti pemerintah dan pakatan pembangkang masing-masing sedang berusaha menampilkan imej yang lebih liberal agar mendapat sokongan bangsa bukan Melayu, yang mana dasar ini akan menyebabkan bangsa Melayu yang merupakan tonggak agama Islam semakin terancam baik dari sudut status sosial, peluang ekonomi mahupun kuasa pemerintahan.
Masalah perpaduan Melayu di tanahair yang semakin meruncing sebenarnya memaksa kita mencari satu formula baru dalam memastikan banga Melayu tidak diketepikan dalam arus liberalisasi ini. Konsep Melayu Muslim yang diperjuangkan oleh ISMA ini diharap dapat menggarap permasalahan ini agar dapat menjamin kedudukan agama Islam di tempat yang tertinggi dalam pemerintahan. Ini merupakan formula yang boleh dikatakan yang terbaik setakat ini untuk menyelesaikan kemelut perpecahan yang semakin menjadi-jadi di kalangan orang Melayu sendiri.
Comments
Powered by Facebook Comments





Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Salam wbt
Saya sekali tidak bersetuju dengan kenyataan ini:
“…Terancamnya martabat Melayu akan secara langsung mengancam martabat agama Islam di tanahair.”
Martabat Islam sentiasa tinggi walau seluruh bangsa Melayu pupus ditelan zaman
Jzk
masyaAllah, samada melayu itu pupus atau jatuh hancur, Islam tidak akan jatuh. dan tidak mungkin akan jatuh. Akan sentiasa ada pihak yang perjuangkan Islam.
Kita yang memerlukan islam, bukan Islam yang perlukan kita.
Tolong jgn berfikiran singkat dan kolot