Menyantuni Citarasa Anak Tempatan di Bulan Ramadhan

Cardiff, June 2017- ISMA UK-Eire telah menganjurkan Cardiff Malaysian Food Bazaar yang berlangsung di Cathays Community Centre. Bertemakan “Discover Culture, Discover Memories, Discover Food”. Dewan dibuka untuk pembeli bermula pada jam 6:00p.m. dan mendapat sambutan hangat dari para pembeli yang tidak asing lagi dengan bazaar ini.

Para pengunjung bazaar disajikan dengan jualan juadah yang sinonim dengan makanan Malaysia, dari Nasi Tomato, ke Nasi Lemak, dan air soya gula Melaka. Semua penjual merupakan para penduduk Malaysia Cardiff yang tidak mempunyai restoran atas nama mereka. Bazaar ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua pembeli dan penjual. Para peniaga dapat berniaga hasil tangan mereka pada penduduk tempatan sekitar Cardiff manakala para pembeli dapat menjamu selera dengan makanan yang lazat sambil mengimbau kembali memori & budaya indah tanah-air yang tersulam indah bersama.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk tempatan di sekitar Cardiff.

Kata Fadhlu Rafie, Presiden Pelajar Malaysia Universiti Cardiff, beliau menyukai konsep bazaar ini dan turut mahu menyertai bazaar ini pada masa akan datang.

Kata Bud & Joel, penjaga Cathays Community Centre, mereka sangat mengalu-alukan kedatangan bazaar ini setiap tahun kerana acara ini menarik lebih ramai pengunjung ke dewan tersebut, di samping menyediakan juadah yang mereka juga suka.

Turut berjalan serentak dengan bazaar ini ialah jualan barang terpakai dari Malaysian Community Cardiff.

Program ini juga merupakan salah-satu program yang dijalankan oleh ISMA UK-Eire sepanjang bulan Ramadhan ini, bagi memeriahkan suasana bulan yang mulia ini.

Semoga para pembeli dan penjual dapat manfaat dari jualan ini.

 

Isma Aiman

Biro Dakwah, ISMA UK-Eire

 

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1438H

Bismillahirrahmanirrahim   Assalamualaikum wbt Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurniaNya, dapat kita menyambut sekali lagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *