Misi Aman Palestin 2 selamat tiba di Gaza
Delegasi Aman Palestin di hadapan pejabat Aman Palestin di Gaza.
Gaza, 10 Ogos – Rombongan misi kemanusiaan Aman Palestin kali kedua telah berjaya masuk ke Jalur Gaza semalam (9 Ogos) bersama bantuan bernilai USD 150,000 yang berupa ubat-ubatan, susu bayi serta persediaan untuk menyambut Ramadhan bagi seluruh muslimin yang berada di bumi Gaza.
Misi yang disertai oleh seramai 2 orang pegawai Aman Palestin beserta 4 orang sukarelawan yang lain ini diketuai oleh Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin yang juga Presiden ISMA.
Kesemua mereka telah berjaya masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah dengan selamatnya.
Ketibaan delegasi ini disambut dengan penuh kegembiraan dan rasa terharu oleh rakyat Gaza, dengan bantuan yang tidak pernah putus tiba dari Malaysia. Rakyat Malaysia, bagi mereka, adalah umpama saudara dan rakan yang jauh di mata namun di hati tidak dilupa.
Lori-lori yang membawa bantuan daripada Aman Palestin.
Selain dari menghantar bantuan kemanusiaan, delegasi ini juga akan dibawa melawati tapak-tapak projek Aman Palestin yang kini dilaksanakan di bumi Gaza bagi menyaksikan sendiri bagaimana projek-projek seperti ternakan bersepadu, klinik, supermarket dan kilang roti itu dijalankan.
Kesemua projek ini adalah merupakan hasil daripada kemurahan hati dan sumbangan ikhlas rakyat Malaysia yang telah sekian lama menjadi rakan dan saudara yang sanggup bersusah-payah berkongsi kepayahan yang dialami oleh rakyat Palestin.
Delegasi Aman Palestin ini dijadualkan berangkat pulang ke tanahair pada 14 Ogos 2010.
Sumber: Laman Web Aman Palestin







Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Comments
Powered by Facebook Comments