Pembinaan dinding keluli perang baru terhadap Gaza
Damsyik – Ketua Biro Politik Pergerakan Hamas, Khaled Mishaal, menyatakan pada Isnin lepas bahawa pembinaan dinding keluli di sempadan Palestin-Mesir adalah suatu serangan baru terhadap rakyat Gaza dan perjuangan mereka.
Dalam kenyataan yang disiarkan melalui saluran satelit stesen televisyen Al-Quds, Mishaal memetik ulasan oleh Karen Abu Zaid, Pegawai Kanan UNRWA, bahawa dinding tersebut adalah “lebih bahaya” berbanding Jaringan Bar Lev yang dibina oleh Israel pada tahun 1967.

“Kemenangan Gaza tidak disenangi oleh pihak yang mahukan perjuangan kami gagal dan terdapat kehendak yang kuat untuk menyekat perjuangan yang menunjukkan ketabahan menentang penjajahan ini” ujar pemimpin politik Hamas itu lagi.
Pemimpin Hamas itu juga berkata, dalam konteks yang lain, bahawa Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat menculik dan menyeksa pejuang Hamas di bawah pantauan pegawai Amerika Syarkiat Keith Dayton dan tentera penjajah Israel serta menutup institusi-institusi dan majlis-majlis kerajaan tempatan yang mempunyai hubungan dengan Hamas.
Beliau menambah bahawa kejadian yang berlaku di Tebing Barat tersebut seolah-olah “pembunuhan beramai-ramai” untuk melenyapkan Hamas.
Dalam konteks berkaitan, pergerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya Mahmoud Abbas kerana menyokong pembinaan dinding besi tersebut, serta pembantu kanan beliau Azzam Al-Ahmed kerana menyeru kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Palestin di Gaza.
“Pihak kami mengutuk kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab ini yang membuktikan bahawa kumpulan Perjanjian Oslo ini masih menindas rakyat Palestin serta mengambil bahagian dalam kepungan dan kebuluran rakyat kami di Semenanjung Gaza”, tegas Hamas.
Hamas menyatakan bahawa kenyataan dan pendirian serius Pihak Berkuasa Palestin tentang pembinaan dinding keluli tersebut yang seiring dengan meningkatnya aktiviti ketenteraan Israel di Gaza menunjukkan adanya persiapan untuk serangan baru terhadap Gaza.
Di pihak lain, akhbar Times Los Angeles melaporkan bahawa pembinaan dinding keluli bawah tanah oleh Mesir di sepanjang sempadannya dengan Gaza adalah dianggap “dinding yang memalukan” oleh wartawan dan ahli politik Arab yang mendakwa Kaherah berpihak dengan Israel dalam mengepung 1.5 juta rakyat Palestin yang bermastautin di Semenanjung Gaza.
Akhbar tersebut menambah bahawa para wartawan Arab menganggap pembinaan dinding tersebut merupakan kepatuhan tidak berbelah bagi Mesir terhadap Amerika Syarikat di samping usaha untuk mengambil hati pihak Israel.
Akhbar itu menegaskan kontroversi berhubung pembinaan dinding tersebut bukan sahaja menunjukkan hubungan rapat dari segi emosi dan geografi antara Mesir dan Palestin, tetapi juga dilema politik Mesir dalam usaha untuk melemahkan Hamas.
Akhbar tersebut turut melaporkan bahawa pembinaan dinding itu telah menyebabkan beberapa ahli parlimen Mesir mengambil tindakan menfailkan pertuduhan di pejabat Peguam Negara Mesir terhadap Perdana Menteri Mesir, Ahmed Nazif.
Sumber: The Palestinian Information Center
Penterjemah:
Wartawan/Penulis
Media ISMA






Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Comments
Powered by Facebook Comments