Pelajar Islam Malaysia di Luar Negara Perlu Berprinsip dalam Berasimilasi, Bertoleransi

UK, November – Pelajar Muslim Malaysia di luar negara perlu dalami batas serta garis panduan berasimilasi dan bertoleransi terutama dalam isu yang berkaitan prinsip agama.

Pandangan tersebut dilontarkan bagi menjawab persoalan pola pemikiran pelajar Malaysia UK dan Ireland yang dilihat semakin melunturkan nilai Islami dalam diri dan persatuan kerana berpandangan pengamalan nilai Islam ‘tidak bertoleransi’ dan ‘tidak menjaga sensitiviti’ penduduk setempat.

“Agama Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan soal bertoleransi kerana hal ini sudah ditunjukkan oleh Nabi lagi melalui Piagam Madinah” ujar Mufti Sabah dalam program yang mengumpulkan persatuan-persatuan Islam UK dan Ireland.

“Islam juga menerima nilai-nilai dari tamadun luar, tetapi Islam ada prinsip sendiri dalam menapis dan mengubah suai nilai-nilai tersebut agar menepati syarak” kata beliau dengan memberi contoh seni kebudayaan Rom yang diubah oleh Islam daripada membuat patung kepada seni geometri.

Namun begitu, ada sebahagian tuntutan yang menurut Sahibus Samahah, tidak boleh dibenarkan oleh agama.

“Contohnya kita ambil isu kalimah Allah, institusi mufti tidak benarkan sama sekali tuntutan ini melihat kepada isu provokasi, normalisasi dan kontekstualisasi oleh pihak Kristian”.

Isu asimilasi dan toleransi juga hakikatnya merupakan suatu topik hangat yang diperdebatkan dalam kalangan penduduk muslim di Eropah.

Kebanyakan tokoh Ilmuwan Islam Eropah sebagai contoh menolak asimilasi yang melunturkan nilai Islami seperti perjuangan Quilliam Foundation oleh Maajid Naawaz yang antara lain menuntut agar LGBT dibenarkan dalam Islam.

laporan Haziq Abd Rahim

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Pengalaman Aktivis ISMA Eropah di Tanah Suci: Menjejak ‘Wahyu’

Hari ini mengambil kesempatan untuk menziarahi gua hira’. Kedudukannya terletak 5.7km dari hotel tempat saya …