Pelajar Muslim Monopoli Pilihanraya Universiti di King’s College London

London – 6 pelajar muslim telah memonopoli posisi tertinggi dalam pilihan raya pemilihan wakil pelajar bagi King’s College London Student Union.

Calon – calon muslim telah memenangi jawatan bagi posisi presiden dan naib presiden bagi jawatan-jawatan penting dalam kempen pilihanraya yang mencatatkan pengundian terbesar sejak 16 tahun yang lepas.

Jawatan – jawatan lain seperti wakil LGBT, wanita dan pelajar antarabangsa bagaimanapun disandang oleh bukan muslim.

Menyentuh tentang pilihanraya universiti tersebut saudari Azlyn Fauzi yang merupakan pelajar Malaysia di King’s College mengatakan bahawa usaha Persatuan Islam membincangkan tentang pengiktirafan calon – calon menerusi majlis tertinggi sangat membantu.

“Ada juga calon – calon lain yang bukan muslim mengetengahkan usaha menangani Islamofobia dan hal demikian disambut baik oleh Muslim secara umumnya” ujar Azlyn.

Persatuan Pelajar King’s College dianggotai oleh 27 000 ahli dalam kalangan pelajar merangkumi pelajar tempatan dan juga antarabangsa.

King’s College London yang dikenali sebagai antara pusat pengajian terbaik di dunia menyandang posisi 20 universiti terbaik pada tahun – tahun lepas.

sumber: KCLSU

king college london

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kalam Ramadhan Pengerusi ISMA UK-Eire

  Bulan yang mulia, bulan Ramadhan dengan izin Allah akan kembali menyelinap dalam diari diri …