Pelampung apa, tanyamu?

Anak muda aspirasi negara, agen perubah dunia
Tapi realitinya, kita, aku, kau, dia, dan mereka makin larut lagi hanyut
Jati diri dicairkan dan dikikis sedikit demi sedikit
Semakin hanyut dengan budaya yang entah apa neracanya,
semakin lupa pada hakikat hamba
Baik pada penampilan, butir bicara, tingkah laku, mahupun logik fikiran
Hiburan melalaikan menjadi santapan harian,
menundukkan peradaban.

Minda yang dijajah
tegar merasakan naskhah agama itu kolot,
tidak fleksibel lagi asing untuk dikatakan relevan
di zaman sintetik dan berteknologi tinggi ini.

Si bijak pandai lantang bersuara,
terus melalak perjuangan idealis,
menegakkan benang yang basah.
Pemain politik kotor angkuh
mengibar bendera negara di persidangan dunia
sedang rakyat lelah tenaga mengais harta.
Pembahas warung kopi, pahlawan siber, galak
berdebat isu isu terkini hingga kadangkala
menjadi pekak seruan “Hayya ‘ala al Falah”.
Sang pemerhati sibuk
menyelamatkan periuk nasi sendiri,
selesa berlindung di bawah tempurung.
Si alim pula sibuk
bertelagah ilmu cabang
hingga terlupa niat utama.
Sang pemilik ijazah universiti terkemuka dunia leka
bermain hujan emas di negara orang.
Si anak muda berkeluh kesah soal hati
hingga lupa soal mati.

Semua hanyut
melayankan nafsu
bertopengkan logik dan rasional.
Fantasi dunia persinggahan sementara
menggelapkan destinasi kebahagiaan abadi.
Jarum kompas arah kiblat yang sudah patah tidak dipeduli.

Pada dasarnya kita kurang memahami.
Yang “leka” kurang faham makna agama,
yang “celik” kurang faham jiwa “pendosa”,
menjadi hakim dunia.
Lemparan kritikan sosial bertubi tubi
boleh jadi terkena batang hidung sendiri,
ujian Ilahi bagi yang memahami.

Tapi sedarilah,
walau kini kita rasakan masa depan itu gelap pekat,
tapi hakikatnya ia hanya gerhana.
Cahaya pasti akan tiba.
Harapan masih bernadi.
Kerna hakikatnya harapan,
itu bukan hanya terletak pada yang kini berkopiah dan berjubah.
Tetapi, harapan itu
patutnya diletakkan di semua sinar wajah.
Kerna yang “hanyut” itu masih boleh diselamatkan
oleh bantuan pelampung,
atau pautan pada tangan ikhlas menghulur.
Pelampung apa, tanyamu?
Jawapannya;
AgamaNya yg Satu.
Solusi kepada seribu satu haru biru.

Walsall, Birmingham.

 

664xauto-lihat-siaran-langsung-gerhana-matahari-total-di-sini-150320u

Nurhani Mat Razali
Final year/ 3rd year BSc Biotechnology
University of Manchester

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Thalhah

PELAJAR LUAR NEGARA, JANGAN KITA HANYA JADI MAHASISWA BIASA – BIASA

Polisi menghantar mahasiswa ke luar negara telah lama diamalkan oleh kerajaan Malaysia dan kebelakangan ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *