Penduduk Muslim Golongan Paling Terpelajar di Ireland – Lapor The Irish Times

Muslim di Ireland lebih terpelajar berbanding dengan bukan muslim, menurut kajian terbaharu.

Ireland merupakan antara negara Eropah di mana penduduk muslimnya menjalani persekolahan selama 11.8 tahun secara purata, lebih setahun daripada bukan muslim berdasarkan kajian Pew Research Centre.

Polisi imigrasi negara yang menggalakkan kedatangan pendatang asing yang berpelajaran tinggi merupakan antara faktor dapatan tersebut.

Kajian berkenaan Ireland menunjukkan kemajuan ekonomi pada akhir 1990-an telah menarik kedatangan pendatang dan pelarian Pakistan dan Afrika yang berkemahiran tinggi ke negara mereka.

Hal demikian menjadi salah satu sebab penduduk muslim menjalani persekolahan lebih lama berbanding bukan muslim.

Diterjemah dari: The Irish Times

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

photo6030491859110963118

JUMP 2017 : Puncak Tertinggi Wales Ditawan, Bukti Kesungguhan Ahli

Snowdonia, Wales, 14 April- Jalinan Ukhuwah Musim Panas(JUMP) anjuran ISMA UK-Eire telah berjaya menghimpun ahli …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *