Pengalaman Aktivis ISMA Eropah Ajar Rombongan Pelajar Sekolah Rendah UK Salah Faham Terhadap Islam.

Durham, United Kingdom – Seorang aktivis ISMA Eropah, saudara Thalhah Kamarol Zaman telah melibatkan diri menjadi tenaga pengajar bagi rombongan pelajar sekolah rendah setempat ke masjid Durham.

Lawatan tersebut merupakan antara silibus wajib yang diajar di sekolah rendah, iaitu subjek perbandingan agama di mana pelajar-pelajar dibawa ke masjid, kuil dan gereja untuk mempelajari amalan setiap penganut agama.

“Lawatan ke masjid kali ini dikendalikan oleh Persatuan Islam Universiti Durham” ujar saudara Thalhah.

Thalhah yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Aktiviti persatuan tersebut menceritakan bahawa rombongan tersebut diperkenal dengan asas – asas Islam seperti 5 rukun Islam, praktikal wuduk, solat, azan iqamah dan juga kuiz.

Pelajar-pelajar cilik yang rata-ratanya berbangsa kulit putih juga turut diajar membaca beberapa surah dan solat penuh.

“Penglibatan paling aktif pelajar-pelajar ini sebenarnya ketika bertanya soalan, mereka bukannya suka sangat mendengar ceramah dan praktikal, tetapi sangat suka melontarkan soalan”. Kata Thalhah.

“Ada beberapa soalan dan kesalahfahaman besar yang diulang berkali-kali oleh mereka, sebagai contoh kami terpaksa membetulkan salah faham bahawa Islam bukan hanya untuk orang Arab sebaliknya diturunkan untuk kesemua manusia”

“Selain itu, soalan yang sangat popular juga adalah pertanyaan kenapa orang Islam perlu memakai tudung. Kami syak soalan-soalan ini mungkin timbul kerana pendedahan yang agak negatif mengenai Islam daripada golongan dewasa dan media”

Ketika ditanya mengenai pandangan beliau terhadap program ini, saudara Thalhah mencadangkan keperluan berdakwah dan memperkasa program seperti ini di UK untuk memperbetul salah faham masyarakat terhadap Islam.

“Program ini baik untuk mengendalikan kekeliruan anak-anak di negara Barat ini kerana mereka masih belum memiliki sifat prejudis yang menebal” kata beliau.

16681471_1243366412366615_2454036655660033964_n

16831205_1243366375699952_7408903649908260625_n

16831895_1243366382366618_6427997003550046875_n

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan …