Pengenalan ISMA Ireland di FOSIS Gateway
Sabtu yang lalu bersamaan 24 April 2010,FOSIS IRELAND (Federation of Student Islamic Societies Ireland) telah menganjurkan suatu program yang diberi nama FOSIS Getaway. Program ini sememangnya merupakan acara tahunan di mana semua persatuan Islam dari seluruh Dublin duduk bersama dan berbincang mengenai aktiviti yang telah dianjurkan dan perancangan mereka untuk pelajar-pelajar muslim yang mereka wakili di seluruh Ireland. Dan buat julung-julung kalinya,ISMA telah dijemput untuk turut serta menjayakan majlis ini. Program ini telah disertai lebih kurang 40 peserta,yang mewakili kira-kira 8 persatuan. ISMA diwakili oleh Akh Faez dan Ukht Hayati.

Akh Faezuddin menyampaikan pembentangannya
Program bermula kira-kira jam 10.30 pagi dengan sesi taaruf(ice-breaking) sesama para “perwakilan”.Setengah jam kemudian,program diteruskan dengan pembentangan dari wakil setiap persatuan yang hadir. Setiap perwakilan diberi masa 5 minit untuk membentangkan objektif,aktiviti & perancangan untuk persatuan masing-masing.Pembentangan dimulakan oleh Islamic Society(isoc) dari RCSI,UCD dan kolej2 di sekitar Dublin. Majlis berhenti seketika untuk sarapan pagi. Kira-kira jam 11.00 pagi,pembentangan diteruskan oleh persatuan-persatuan Islam dari Malaysia. Dimulakan oleh IMAM(Persatuan Perubatan Islam Malaysia),diikuti oleh PPIMI dan MSM.
Tepat jam 11.20 pagi,perwakilan ISMA yang diwakili Akh Faez dijemput untuk memulakan pembentangan. Kebanyakan peserta menunjukkan rasa terkejut seolah-olah tidak menyangka akan ada slot pembentangan untuk ISMA. Pembentangan dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Qur’an dari surah Al-Hujurat(13) dan terjemahannya. Seterusnya akh Faez menceritakan serba sedikit tentang ISMA,sekitar pengenalan dan objektif penubuhannya di luar Malaysia.
Akh Ferdaus bersama CEO Islam Channel UK
“Our objective here in Ireland is clear, as we want to cater the Malaysian muslim and build their identity based on Islamic fundamental course.” Ramai juga dalam kalangan peserta yang rata-ratanya pelajar dari Malaysia yang kelihatan agak terkejut apabila mendengar tentang kewujudan ISMA di Timur Tengah, Australia, Korea dan Eropah.Pembentangan diteruskan dengan aktiviti-aktiviti luaran dan dalaman yang telah diadakan seperti Winter Gathering(JUMS),pembentangan Kobanna dan Daurah Spring. Selain itu, akh Faez turut menerangkan fokus sebenar tentang aktiviti ISMA di bumi Shamrock iaitu pembinaan kepimpinan berdasarkan tarbiyah ahli. “For every week, we have our own halaqah and futsal games(riadah), iftar jam’ie and qiamulail night (mabit) for every month, jaulah and rehlah for every semester. We belief by focusing on the tarbiyah of the members is the most effective method to build strong and profound character of muslim. This is our wasilah (methodology) to achieve our objective.”
Kesempatan yang ada dimanfaatkan sebaiknya akh Faez untuk mempromosikan aktiviti yang bakal dianjurkan tahun ini seperti Jaulah Mesir & Summer Camp di Malaysia. Pembentangan diakhiri Akh Faez dengan menyatakan kesediaan ISMA untuk mengadakan kerjasama dengan persatuan-persatuan yang hadir terutamanya dalam isu Palestin dan kebajikan pelajar muslim di Ireland serta menjemput mereka yang hadir untuk menyertai ISMA.
Majlis diteruskan dengan pembentangan daripada CEO Islam Channel ,Mohammad Ali Harrath tentang strategi dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam mewujudkan persatuan Islam yang berjaya serta cabaran yang perlu dihadapi di Bumi Eropah. Program diakhiri dengan BBQ dan riadah kira-kira jam 5.30 petang.
______________________________
Nota:
1. FOSIS (ditubuhkan 1962) merupakan sebuah pertubuhan penaung untuk persatuan Islam universiti-universiti dan kolej-kolej di seluruh United Kingdom dan Ireland, mewakili lebih 100,000 pelajar Islam.
2. Segala maklumat lanjut berkaitan FOSIS boleh didapati di laman web mereka, www.fosis.org.uk
Comments
Powered by Facebook Comments






Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






wah! ini sangat bagus dan menarik!
(^_^)