Pengiktirafan Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Israel Bukti Pengkhianatan Amerika Syarikat

Donald Trump hari ini akhirnya membuat satu pengumuman yang mengejutkan jutaan umat Islam apabila secara rasminya mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Pengumuman ini sekaligus menyaksikan Kerajaan Amerika Syarikat untuk memindahkan ibu pejabat kedutaannya yang kini berada di Tel Aviv ke Baitul Maqdis. Perkara ini juga membawa makna secara langsung bahawa Kerajaan di bawah Donal Trump ini sudah mula meredhai penempatan haram yang dibina oleh Zionist Israel di timur Baitul Maqdis walaupon perkara ini bercanggah dengan resolusi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah dipersetujui beberapa tahun lalu.

Setelah puluhan tahun menjalani perjalanan sejarah yang amat mendukacitkan, kini rakyat Palestin terpaksa menerima satu lagi kenyataan bahawa mereka mungkin kehilangan hak terhadap Kota Suci Baitul Maqdis. Terdapat segelintir komentator terhadap isu ini menyatakan pengumuman ini hanyalah sekadar retorik dan tidak mempunyai impak yang besar terhadap kehidupan rakyat Palestin. Tetapi tanggapan mereka meleset sama sekali.

Impak Pengumuman Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Israel

  1. Lebih ramai rakyat Palestin akan dihalau keluar dari tempat tinggal mereka. Kira-kira terdapat hampir 300,000 rakyat Palestin masih menetap di dalam kota Baitul Maqdis. Majoriti mereka masih tidak diiktiraf kerakyatan Israel dan hanya memegang passport Arab-Israel sementara. Mereka tidak mendapat taraf hak kerakyatan yang sama dengan pemegang passport Israel penuh. Perkara ini menyebabkan mereka tidak dapat melakukan proses pemilikan tanah yang sah dan boleh dihalau keluar sepertimana yang berlaku kepada jutaan penduduk Palestin yang pernah mendiami tanah Israel sekarang.

 

  1. Pergerakan ke Masjidil Aqsa akan terbatas. Sebelum ini kerajaan Israel boleh melakukan pos kawalan di Masjidil Aqsa atas alasan keselamatan supaya sebarang alat senjata tidak boleh dibawa masuk ke dalam masjid. PBB menetapkan pos kawalan ini tidak boleh dilakukan setiap hari dan hanya dibenarkan ketika waktu-waktu kemuncak sahaja seperti ketika solat jumaat, solat sunat Aidilfitri dan beberapa acara yang lain lagi. Namun pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel ini sekaligus mengiktiraf hak Israel sebagai penguasa penuh terhadap Masjidil Aqsa dan kawasan sekitarnya. Jadi, kerajaan Israel boleh sesuka hati mengawal keluar masuk dan operasi masjid. Mungkin juga di masa hadapan, Israel boleh menghadkan jumlah Jemaah di masjid atau menutup Masjidil Aqsa sesuka hati.

 

  1. Penempatan haram Yahudi di Timur Baitul Maqdis kini sah di sisi undang-undang. Pengumuman Donald Trump ini secara langsung telah meredhai perbuatan kerajaan Israel membina penempatan Yahudi secara besar-besaran di Timur Baitul Maqdis walaupun perkara ini menyalahi undang-undang seperti yang dipersetujui PBB. Projek penempatan ini bertujuan untuk mengubah demografi penduduk di Baitul Maqdis yang kini masih majoriti rakyat Palestin.

 

  1. Proses pendamaian menjadi lambat dan tertunda. Berdasarkan kenyataan terakhir Hamas, mereka bersetuju dengan rundingan “two-state solution” seperti yang telah dicadangkan oleh PBB selagi mana pembahagian tanah itu menurut solusi yang disepakati oleh PBB pada tahun 1967. Persetujuan pemecahan tanah pada tahun 1967 meletakkan Timur Baitul Maqdis di dalam wilayah Palestin. Perdana Menteri Israel, Benjamin Nentanyahu jelas sekali tidak bersetuju dengan cadangan ini dengan memberi alasan ini ialah peta silam yang sudah tidak relevan. Melihat kepada penguasaan penuh Israel terhadap keseluruhan Baitul Maqdis sudah tentu menyebabkan Hamas tidak meredhai Amerika Syarikat sebagai “orang tengah” dalam proses damai.

 

 

  1. Perang Dingin antara Dunia Islam dan Barat. Ini ialah kemungkinan yang berlaku melihat kepada reaksi negara-negara Islam ketika pengumuman yang dilakukan oleh Donald Trump. Turki misalnya akan memanggil persidangan tergempar negara-negara Islam untuk berbincang terhadap langkah susulan menangani masalah ini. Raja Salman dari Arab Saudi dan Raja Abdullah dari Jordan juga tidak ketinggalan menyatakan bantahan terhadap tindakan ini

 

Pengajaran Kepada Umat Islam

  1. Umat Islam perlu bersatu hati dan menolak perbezaan politik dalam menangani permasalahan umat. Melihat tindakan Amerika Syarikat ini, jelas sebenarnya musuh Islam bersatu untuk menegakkan kebatilan dan menggunakan setiap inci kelemahan umat ini.

 

  1. Umat Islam perlu segera menyelesaikan permasalahan akidah seperti isu hak golongan atheis, LGBT dan lain-lain dengan segera kerana masalah ini menganggu fokus kesatuan umat untuk menyelesaikan isu yang lebih besar.

 

 

  1. Umat Islam terutamanya di Malaysia perlu segera menghapuskan mana-mana gerakan yang mempunyai pertalian dengan Israel seperti gerakan Kristian Evengelis yang semakin berkuasa dan sengan berbahaya kepada kesatuan umat Islam.

 

  1. Pemikiran politik sempit perlu diketepikan supaya umat Islam terutamanya Orang Melayu di Malaysia dapat bersatu hati membantu penduduk Palestin tanpa mengira warna bendera politik.

 

 

  1. Ahli politik Muslim yang lantang memperjungkan nasib rakyat Palestin dan mempunyai fahaman akidah yang bersih perlu diketengahkan. Dalam pada masa yang sama ahli politik yang penakut dan apologetik terhadap dunia Barat perlu disingkirkan dengan segera.

 

  1. Umat Islam perlu sedar bahawa untuk memenangkan Islam kita tidak boleh mengharapkan kuasa barat. Kekuatan dalaman dan kesepaduan sesama umat Islam adalah kunci untuk menegakkan semula syariat di muka bumi.

 

Akhir kata, marilah sama-sama kita menghayati firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Ali ‘Imran: 118)

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Program ‘Feeding the Homeless’ anjuran ISMA Cardiff Perintis Gerakan Aktivisme Komuniti Setempat

CARDIFF, 2 Dis 2017 – “Feeding the Homeless” merupakan satu program bantuan kepada golongan yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *