Penubuhan IBC satu lonjakan kepada IEP


Bandar Baru Bangi, 7 MacBerslogankan “Keusahawanan Adalah Kerjaya”, seramai 30 orang peserta Taklimat ISMA Entrepreneurship Program (IEP) – Usahawan Dirancang telah bergabung dalam ISMA Business Club (IBC) yang baharu ditubuhkan.

Menurut pengasasnya iaitu En. Abdul Rahman Mt. Dali, Timbalan Presiden ISMA yang juga merupakan Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk menjadi platform bagi membantu ahli-ahli ISMA yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Selain itu kelab ini juga berperanan bagi penyaluran dan perkongsian maklumat berkaitan.

Ketika diajukan soalan berkenaan prasyarat untuk menjadi ahli IBC, beliau menyatakan bahawa kriteria yang paling penting ialah keinginan dan minat untuk menjadi usahawan di samping sanggup mengorbankan masa dan wang untuk berjaya.

Keahlian ISMA Bussines Club adalah terbuka kepada semua ahli ISMA yang berminat untuk menjadi usahawan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk menjadi ahli bolehlah berhubung dengan Saudara Norzafry bin Norhalim di alamat emel beliau iaitu zafryhalim@gmail.com atau hubungi 019-6611783.

Oleh: Mohd Azizuddin Sahiddin
Wartawan/Jurufoto
Media ISMA

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png

Comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Comment