Perbezaan Darah Dari Sudut Fiqh Wanita

Persoalan yang bermain di minda seorang ukhti yang masih was-was:

 

 

Ukhti A: (monolog dalaman)kenapa masih ada darah?bukankah sudah melepasi tempoh masa  15 hari

Lalu dek kerana rasa ketidakpuasan hati,ukhti ini mengambil keputusan untuk bertanyakan masalah ini kepada seniornya

Ukhti A: Kak S,tempoh haid ana sudah melebihi 15 hari tetapi kenapa masih ada darah?

             Kak S: Mungkin enti mempunyai masalah istihadhah

Ukhti A: Istihadhah??

Sesetengah gadis atau wanita tidak dapat membezakan antara haid dan istihadhah walhal kebanyakannya salah anggap bahawa haid dan istihadhah ini adalah perkara yang sama. Ulama’ bersepakat bahawa darah yang keluar dari rahim wanita ada 3 jenis:

-Darah haid  (a’di berlaku pada wanita normal)iaitu darah kotor yang keluar setiap bulan

-Darah istihadhah iaitu darah penyakit

-Darah bukan haid seperti sabda rasulullah s.a.w :

(انما ذلك عرق,وليس با لحيضة)

iaitu darah nifas yang keluar bersama bayi (a’di berlaku pada wanita yang baru melahirkan anak)

Golongan wanita harus mengetahui perbezaan antara jenis-jenis darah supaya ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t dan tidak mendapat kermurkaan dari Dia.

Darah haid: Untuk mengenali darah haid ini,seseorang itu perlu mengetahui tempoh suci dan tempoh haidnya.Ulamak berikhtilaf pendapat dalam kadar tempoh haid seseorang perempuan itu.Diriwayatkan daripada Malik kadar paling lama haid seseorang itu adalah 15 hari,manakala Syafi’e dan Abu Hanifah meriwayatkan kadar paling lama adalah sebanyak 10 hari dan paling sedikit tempoh haid seseorang itu bagi pandangan Malik tidak terdapat had tempoh masanya.Imam Syafie pula menghadkan satu hari satu malam untuk tempoh paling sedikit datangnya haid bagi seseorang itu manakala Abu Hanifah pula adalah sebanyak 3 hari.

Tempoh suci bagi seseorang wanita juga mempunyai khilaf dari sudut pandangan ulama’.Pada pandangan Imam Malik,ada yang meriwayatkan sebanyak 10 hari,ada juga yang meriwayatkan sebanyak 8 hari dan sebanyak 15 hari ,manakala Imam Syafie menghadkan paling sedikit sebanyak 15 hari dan Imam Abu Hanifah berpendapat tempoh masa suci bagi seorang wanita adalah sebanyak 17 hari.Terdapat juga sesetengah wanita yang mengalami masalah darah haid yang datang secara sedikit-sedikit,contohya dia datang haid selama 3 hari selepas itu dia suci kemudian selepas 2 hari,dia tidak suci.Darah itu dikira haid jika masih dalam lingkungan tempoh haidnya.

Larangan solat,membaca alquran serta berpuasa kepada wanita yang kedatangan haid seperti sabda Rasulullah s.a.w kepada Fatimah Bintu Abi Hubaish

(فاذا أقبلت الحيضة,فاتركى الصلاة فاذا ذهب قدرها فاغسلى عنك الدم و صلى)

Maksudnya : jika kamu telah mendapati kamu kedatangan haid maka tinggalkanlah solat,jika telah habis tempohnya maka bersucilah dan tunaikanlah solat

Saidatina Aisyah juga melarang wanita yang tidak suci untuk memasuki masjid tetapi terdapat khilaf dari segi waqi’ sekarang kerana pada zaman Rasulullah dahulu,golongan wanita memakai kain manakala penggunaan sekarang dengan mengunakan tuala wanita.Saidatina Aisyah melarang kerana takut mengotorkan masjid jika darah itu menitis dari kain yang dipakai tetapi pada zaman sekarang dengan teknologi yang ada,pengunaan tuala wanita tidak memungkinkan perkara itu terjadi tetapi seboleh-bolehnya kita elakkan dari memasuki masjid ketika kita tidak suci kerana masjid adalah tempat yang suci.

 

Darah nifas: Ulamak juga berikhtilaf dalam kadar tempoh masa darah nifas bagi seorang perempuan yang baru sahaja melahirkan anak.Pendapat Imam Malik mengatakan tiada had untuk darah nifas yang keluar paling singkat,manakala Imam Syafi’e dan Imam Abu Hanifah berpendapat tempoh masa yang paling singkat untuk nifas ada hadnya.Imam Abu hanifah berpendapat 25 hari,Abu Yusuf dari ahlinya mengatakan 11 hari manakala Hassan Al Basri mengatakan 20 hari.

Manakala tempoh masa untuk darah nifas paling lama adalah sebanyak 60 hari bagi pandangan Imam Malik dan Imam Syafi’e dan kebanyakan ahli ilmuwan daripada sahabat mengatakan paling banyak adalah sebanyak 40 hari,begitu juga pandangan Imam Abu Hanifah.

Ada juga qaul yang mengatakan terdapat perbezaan kadar tempoh masa nifas bagi perempuan yang melahirkan bayi lelaki dan bayi perempuan,bayi lelaki adalah sebanyak 30 manakala bayi perempuan adalah sebanyak 40 hari.Permasalahn yang mungkin terjadi  pada wanita yang hamil keluarnya darah,ulamak juga berbeza pandangan dalam hal ini.Imam Syafi’e dan Imam Malik mengatakan itu adalah darah haid manakala Imam Abu hanifah dan Ahmad Thauri  mengatakan bukan darah haid tetapi darah  fasad yakni darah penyakit.Wanita yang kedatangan nifas juga tidak boleh melakukan ibadah sepertimana haid

Darah Istihadhah : Darah istihadhah adalah darah penyakit yang keluar selepas tamat tempoh haid seseorang itu,ramai yang salah anggap itu adalah darah haid tetapi sebenarnya darah istihadhah jika keluar selepas 15 hari tempoh haid seseorang itu.Imam Malik mengatakan hukumnya adalah Tohirah walaupun sifatnya mungkin sama seperti darah haid,yang bermakna seseorang yang mengalami istihadhah ini  boleh melakukan ibadah seperti solat,puasa,membaca alquran dan lain-lain.kebiasaannya warna darah penyakit ini berwarna merah cerah,tidak terang atau hitam seperti darah haid,begitu juga pendapat Imam Syafi’e.

Sebab wujudnya perbezaan khilaf antara istihadhah dan haid adalah hadis Saidatina Aisyah

(أن النبي – عليه الصلاة و السلام- أمرها و كانت مستحاضة-أن تدع الصلاة قدر أيامها التي كانت تحيض فيها قبل أن يصيبها الذي أصابها ثم تغتسل و تصلى)

Maksudnya : Nabi Muhammad s.a.w menyuruh Aisyah menunaikan solat setelah sampai tamat tempoh haidnya sebelum darah  itu keluar dari kain kemudian bersuci dan solat

Maksud hadis ini perempuan yang datang istihadhah sebelum solat hendaklah membersihkan darah itu dahulu setiap kali hendak solat dan terus menyegerakan solat kerana dikhuatiri darah itu keluar ketika sedang solat tetapi jika kita telah menyegerakan solat dan darah itu masih keluar maka itu bukan atas kekuasaan kita kerana kita telah berusaha untuk mennyegerakan solat setelah berwudhuk dan membersihkan darah..Orang yang istihadhah juga hendaklah sentiasa memperbaharui wudhuk setiap kali hendak solat walaupun wudhuknya tidak batal kerana dia hendaklah membersihkan darahnya setiap kali hendak solat dan mengutamakan orang yang suci untuk menjadi imamah di dalam solat berbanding orang yang mengalami istihadhah.

 

Allah s.w.t telah berfirman di dalam kitabullah:

لَا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ

Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan

Allah melarang hambaNya untuk menyentuh alquran jika dalam keadaan berhadas atau tidak suci,begitu juga dengan ibadat-ibadat yang lain sama ada wajib atau sunat,sebab itu lah maqasid berwudhuk sebelum solat untuk menjaga kesucian ibadah kita dan diterima oleh Allah s.w.t kerana islam itu sendiri sangat mementingkan kebersihan.sebagai seorang wanita,fitrah yang Allah jadikan mempunyai waktu yang tidak dibolehkan solat atau ibadah-ibadah lain perlunya seorang wanita itu mengetahui ilmu atau asas tentang jenis-jenis darah supaya tidak terkeliru dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna,inshaallah

Rujukan:

Kitab Bidayatul Mujtahid (ibn Rushd AlHafid)

Kitab Ilm Usul Feqh (Abd Wahab Khalaf)

 

Nukilan:

Kauthar Binti Razali

Universiti Hasan Thani,

Ain,Chock,

Casablanca,Morocco

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kalam Ramadhan Pengerusi ISMA UK-Eire

  Bulan yang mulia, bulan Ramadhan dengan izin Allah akan kembali menyelinap dalam diari diri …