Rakyat dan Pelajar Malaysia di UK Anggap Identiti Agama Penting Walaupun di Luar Negara

Nottingham, 10 Disember – Bancian yang dikendalikan oleh Persatuan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) UK-Eire mendapati bahawa pengamalan dan pengekalan identiti agama merupakan faktor penting bagi rakyat dan pelajar Malaysia yang menetap di sini.

Bancian tersebut yang dibuat bersempena dengan program Nottingham Malaysian Games sebagai salah satu program Malaysia terbesar di UK memperlihat majoriti besar responden memilih ‘ya’ bagi soalan ‘adakah anda merasakan identiti agama suatu yang penting bagi anda?’.

Bagaimanapun, daripada hampir 60 responden yang terlibat, 10% memilih tidak.

Responden dari kalangan pelajar muslim rata-rata bersetuju bahawa antara cabaran yang mereka alami adalah seperti pemakaian hijab, menolak pelawaan meminum arak, menjaga hubungan berlainan jantina serta mengakui mereka adalah seorang muslim apabila ditanya oleh penduduk setempat.

Walaubagaimapun, mereka masih memegang utuh kepentingan penjagaan identiti agama kerana didikan yang diterima dari kecil serta perasaan sayangkan prinsip dan pegangan mereka.

ISMA UK-Eire sebagai sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Education Malaysia yang menitikberatkan isu kelunturan nilai yang berlaku turut menawarkan solusi terhadap konflik – konflik yang dialami di bawah pakej pembinaan modal insan, pembangunan intelek, tarbiah dan khidmat masyarakat.

Di samping menerima sambutan yang baik daripada pelawat dan peserta, kaunter ISMA UK-Eire turut menerima beberapa pendaftaran ahli baru sebagai sokongan terhadap agenda yang diketengahkan.

laporan Haziq Abd Rahim

img_9666

img_9672

img_9674

img_9676

img_9687

img_9693

img_9696

img_9697

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Air Mata Seorang Pejuang Dakwah

  “Nanti bila dah sampai dekat KL baru buka ya,” ujar Naqibku sambil menyerahkan sepucuk …