Ramadhan Terakhir

http://www.volpeypir.com/

Jam tangan bertali coklat ditatap sekali lagi. Trafik bergerak perlahan waktu rehat tengah hari, memang terlupa sewaktu membuat perancangan semalam. Dalam diam, hati kecil itu berdoa agar sempat tiba di hospital sebelum waktu temu janji.

Usai memasuki ruang menunggu, Hakimah menjeling ke arah jam dinding hospital.

1:27 petang.

Alhamdulillah sempat. Dia bergegas ke kaunter pendaftaran, dan bertanya jururawat yang bertugas

“Assalamualaikum. Maaf , saya ada appointment pukul 2.00 petang, boleh saya dapatkan nombor giliran sekarang?”

“Boleh Cik, sila beri saya IC dan kad appointment.”

Senyum nipis terukir di bibir Hakimah. Hati terasa lega memandangkan dia sempat solat Zuhur sementara menunggu nombor gilirannya dipanggil ke bilik rawatan.

Jam di dinding 1.55pm.

Jam dijeling untuk kali sepuluh, mungkin. Debaran yang terasa bukannya sebarangan. Lagi tinggi notch, berbanding final exam tahun terakhir pengajian.Ini soal hidup dan mati. Namun Hakimah cuba untuk kelihatan tenang bagi menghilangkan gemuruhnya sementara masih menunggu angka gilirannya dipanggil.

“ Awak kena buat satu lagi test which pihak makmal akan aspirate bone marrow awak. Lepas dah dapat confirmation with the details, kita akan discuss untuk treatment plan.” Muka Dr Lukman serius.

“ Maksud doktor? “ terpingga-pingga dia mencari jawapan.

“ Based on the previous test, there is a high chance that you have leukemia, but I need to reconfirm it. Since you have health insurance ,so you have no problem with financial. I think its be the best to get an accurate diagnosis. “

Dia memandang kosong ubat-ubat yang diambil dari farmasi yang pelbagai warna dan bentuk persis M&M kegemarannya. Bezanya ubat-ubat itu tak semanis M&M. Fikiran masih berputar dengan segala keterangan dari doktor, mengenai penyakitnya dan perancangan rawatan. Air kotak yang bersisa dihirup perlahan-lahan.

Dari jauh, rakan karibnya, Syahirah, menghampiri Hakimah, terkumat-kamit dengan bebelan yang tidak begitu jelas di telinga Hakimah. Mana mungkin Hakimah mendengar, mata dan telinganya terngiang-ngiang dengan perihal yang sama. Berulang-ulang seperti video yang tiada henti dan terus ‘replay’. Tapi tangannya cepat bertindak menyembunyikan ubat-ubat ke dalam beg tangan.

“ Hakimah! Ya Allah, punyalah aku cari kau dari hujung dunia sampai hujung lagi satu tau tak? Tak pernah-pernah….” Syahirah baru terperasan redup wajah sahabat di hadapannya. “ Eh, kau kenapa? Hakimah? Kau demam ke?” tangannya menyentuh dahi Hakimah. Panas. “ Dah jumpa doktor? Meh aku bawa kau jumpa doktor.” Masih tiada jawapan dari mulut Hakimah. “ Ke kau nak balik rumah?”

Akhirnya Hakimah bersuara, “ Kau ni macam popcorn. Takde fullstop.” Tertawa melihatkan gelagat Syahirah. Sahabat baik, mungkin kadang-kadang popcorn bila tak berhenti bercakap atau membebel tapi hatinya, jujur. “Jom balik. Aku rasa nak berehat.” Bibirnya tersenyum sumbing.

Syahirah menyambut dengan ketawa,“ Popcorn pun boleh. Kau tak nak balik pun, aku heret kau balik rumah.”

Dan akhirnya hampir setahun selepas doktor mengesahkan.

Dari sihat wa’alfiat berjalan ke hulu dan hilir menyiapkan tugasan, sampai jua saat terbaring lesu di atas katil. Meskipun demikian, dia cuba memenuhi masanya dengan perkara bermanfaat. Buku-buku fikrah yang dihadiahkan Syahirah dibaca tatkala masa lapang.

“ Hakimahhh, tengok! Aku belikan special untuk kau. Makan banyak-banyak, biar nampak sihat.” Beria-ria menunjukkan bungkusan plastik berisi Kueh Teow Pak Cik Bakar. “ Jap, aku tahu apa kau nak cakap. Kau tak akan sihat even after you eat such a delicious kueh teow? Tak pun terima kasih Syira, kau lah kawan yang paling baik dunia akhirat, aku doakan kita sama-sama masuk syurga. Kan kan?”

Hakimah ketawa kecil. Memang popcorn paling meriah di alam Melayu. “ Kau dah potong semua line aku. Aku nak kena cakap terima kasih dalam bahasa lain ke?” Perlahan-perlahan dia menarik meja dan membuka bungkusan kueh teow. Baunya cukup mengiurkan berbanding makanan hospital yang tawar dan pahit.

Syahirah tersenyum di tepi katil sambil membancuh milo panas. Berbulan sahabat di hadapannya memendam kesakitan seorang diri, dalam diam tanpa bantuan dari sesiapa. Saat dia mengetahui kebenaran hanya kerana Hakimah pengsan sewaktu berjalan-jalan sekitar taman, dan tangisan Hakimah saat dirinya sedar seolah-olah berbicara akan kesakitan yang tak tertanggung.

“ Syira? Kenapa?” suapan Kueh Teow terhenti melihatkan raut muka Syahirah muram. “ Kau penat sebab kena jaga aku ke?” kelu dan pahit terasa di bibir. Selera yang cuba dibangkitkan untuk mengembirakan hati Syahirah yang bersungguh akhirnya lemau. “ Aku minta maaf Syira….”

“Aku tak pernah rasa penat Hakimah. Walau sesaat.” Air mata yang bertakung akhirnya berderai ke pipi. “ Dari kecil, sampai besar, kita sama-sama. Dari zaman asrama, dan aku bersyukur Allah bagi peluang untuk aku jaga kau. Nanti kat akhirat bila Allah tanya tentang kau, sekurang-kurangnya ada bukti aku betul-betul sayang kau kerana Allah. Dengan keadaan kau macam ini, keikhlasan aku diuji, adakah sekadar kata-kata atau dari hati.”

Sepi mengisi ruang.

“ Syira…doakan aku.”

“ Apa?”

“ Aku tak minta Allah sembuhkan aku, mungkin dengan sakit ini jadi asbab aku untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dalam banyak aspek. “ sudu diletak ke tepi gelas.

Bersyukur masih diberi peluang untuk terus hidup meskipun dalam kekurangan. Bersyukur diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup tanpa rasa kesal. Bersyukur diberi anugerah seorang sahabat yang sanggup berkorban untuk diri yang tidak sempurna ini.

“ Doakan aku sempat untuk merasai Ramadan terakhir. “

“ Huh?”

“Aku teringin, nak sangat sekurang-kurangnya walaupun sehari menyambut bulan Ramadan.”

“ Kau cakap apa ni Hakimah, kau cakap macam dah ready nak mati. Jangan cepat give up. Kita doa sama-sama, kau juga yang cakap Allah makbulkan doa kalau kita usaha kan…”

“ Syira, you heard it right? Apa doktor cakap pasal sakit aku ni. Aku tak pernah putus asa dalam mengharap rahmat Allah. Dan rahmat Allah luas Syira. Bukannya hanya pada satu entiti, bahkan tak terjangkau luasnya. Bagi aku, diberi peluang untuk merasai Ramadan yang akan datang pun satu peluang yang sangat tak ternilai. Mungkin Ramadan terakhir untuk aku.”

 

Ramadan, bulan kemuliaan dan kerahmatan.

Saat di pagi hari bangkit mengisi perut buat bekalan menahan lapar dan dahaga serta memenuhi tuntutan sunnah baginda.

Tapi hakikatnya, untuk bangun menunaikan solat malam serta solat subuh di awal waktu.

Dalam ketenangan Fajar, kedengaran sayup dari corong masjid berkumandangnya ayat-ayat suci alQuran.

Saat mentari mula menerangi langit dengan kedinginan embun pagi,

Umpama mengisi jiwa-jiwa hamba di bumi dengan semangat yang baru,

Mengejar keredhaan Illahi dalam dakapan Ramadan.

 

“ Syira…” dahulu nikmat mempunyai kaki ditarik perlahan-lahan, Hakimah kini terbaring di katil hospital dan percakapannya mula perlahan, “ petang nanti, belikan…sup…sayur..untuk buka puasa?” Hakimah cuba sedaya upaya menghulurkan tangan, dengan harapan memujuk Syahirah. Sahabatnya itu seolah memahami, terus menyambut dan mengengam erat tangan yang semakin lemah itu. Dan dia tahu, ia mungkin permintaan terakhir darinya. Semampu mungkin, Syahirah cuba menahan air matanya, masakan mampu dia menambahkan perit jerih Hakimah dengan tangisannya.

“ Boleh. Boleh. Nanti after asar aku pergi bazaar belikan “ jawapan Syahirah membuatkan Hakimah tersenyum lesu. “ Nanti kita singgah kedai yang kau suka tu, boleh beli pudding roti kat situ. Nak?”

Hakimah tersenyum nipis, dari lirik mata Syahirah, dia tahu sahabatnya sedang menahan tangisan. “ Syira….” dipanggil perlahan-lahan dan dijawab dengan anggukan. “ Kau…nak tahu..kenapa..aku nak..sangat…merasai..Ramadan?” genggaman dilepaskan perlahan-lahan.

“ Kerana hanya di bulan Ramadhan,..pintu-pintu Syurga terbuka dengan luasnya…”

Dan pintu neraka tertutup serapat-rapatnya.

“ Hakimah? Hakimah? Doktor! Sister!” dalam keadaan cuba bertenang, Syahirah gagal menahan air mata, seraya memanggil doktor dan jururawat dengan sepantas mungkin.

Hakimah. 2.57 petang.

Bahawasanya manusia, sekalipun gagah dan diangkat tinggi oleh para manusia, tetap jua dia akan terbaring kaku, dalam dakapan tanah sang bumi.

“Dan demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa lebih harum di sisi Allah swt dari pada harumnya minyak misk (kasturi). Dan untuk orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yang dia akan bergembira dengan keduanya, iaitu apabila berbuka dia bergembira dan apabila berjumpa dengan Tuhannya dia bergembira disebabkan ibadah puasanya itu”. [HR BUKHARI]

 

Ditulis oleh,
Nazual Zulkepli
Aktivis ISMA Ireland
Pelajar Royal College of Surgeons in Ireland

 

 

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Air Mata Seorang Pejuang Dakwah

  “Nanti bila dah sampai dekat KL baru buka ya,” ujar Naqibku sambil menyerahkan sepucuk …