RCSI

Susahkah belajar di RCSI? Bagaimanakah? Apakah?


Assalamualaikum wbt.

Ramai yang bertanya kepada saya apakah yang akan ditempuh dalam 5 atau 6 tahun pengajian di RCSI. Susahkah?  Di sini saya cuba terangkan secara ringkas agar anda dapat gambaran kasar apa yang bakal anda tempuhi dengan tenteram dan damai =)

Untuk mereka yang membuat 6 tahun anda perlu membuat persediaan perubatan atau dikenali sebagai ‘Pre-Med’

Untuk 5 tahun, atau setelah anda buat Pre-Med, anda akan masuk ke Tahun Pertama.

Sistem Cycle [Kitaran]

Tiga semester pertama di RCSI dipanggil ‘JUNIOR CYCLE’ atau lebih dikenali JC. Sepanjang JC anda akan belajar di Main Building RCSI Campus.

Tiga semester seterusnya dipanggil ‘INTERMEDIATE CYCLE’ atau IC. Sepenuh masa IC anda akan dihabiskan di Beaumont Hospital

Selamat datang ke dunia klinikal =)

Empat semester teakhir anda sebagai pelajar perubatan dipanggil ’SENIOR CYCLE ‘atau SC. Kali ini anda akan bergerak dari satu hospital ke hospital yang lain di seluruh Ireland untuk ‘peripheral  posting’ dan‘rotation’.

Apakah yang akan dipelajari semasa 1st Med?

Pembelajaran ketika tahun pertama akan diterangkan dalam kolum di bawah:

Semester 1: (Oktober to Januari)

Terdiri daripada 5 modul peperiksaan biasanya pada bulan Januari

a. Health, Behaviour & Society 1

b. Alimentary System

c. Haemopoietic & Immune System

d. Neuromuscular

e.Biochemistry

f. Clinical Competencies

Kelas penuh pada Isnin, Selasa dan Khamis. Separuh hari pada Jumaat, dan selalunya free pada Rabu =)

Pada hari kedua di RCSI, anda sudah akan membedah mayat. Cool kan? (hehehe) Satu minggu, ada 2 sesi bersama surgeons masing2. Setiap 2 minggu sekali anda akan berdepan dengan CARD SIGNING (CS)

Apakah itu CS?

CS is oral test anatomy in which constitute 2.5% of your final marks. Diadakan pada petang Jumaat. Untuk semester ini, fokus anatomi  anda ialah lower limb (kaki) dan bahagian pelvis/ peritoneal.

Bermula daripada semester 1 lagi,anda akan didedahkan dengan clinical skills seperti ‘bedside manner,history taking, percussion, palpation’ & sebagainya. Untuk itu, anda disarankan untuk membeli stetoskop dari Malaysia lagi sebagai persediaan. Dimana nak membeli? Rujuk sini

Untuk modul Health, Behaviour & Society (HBS), anda hanya akan ditugaskan dengan hanya satu projek individu

Semester 2: (Februari to Mei) Peperiksaan pada awal Jun =)

Terdiri daripada  5 modul:

a. Molecular Medicine

b. Health, Behaviour & Society

c. Clinical Competencies 1 (CC)

d. Genitourinary & Endocrine

e. Cardiovascular & Upper Limb

Kali ini, kelas agak sibuk setiap hari termasuk hari Rabu =P

Dalam semester ini,anda akan menghadapi peperiksaan untuk ‘clinical competencies’

Dari segi anatomi, anda akan fokus pada bahagian abdomenthorax and upper limb (tangan). CARD SIGNINGseperti semester 1 masih berlangsung, Cuma anda telah imun kepada CS. No worries!

Untuk modul HBS,anda akan dibekalkan dengan satu tugasan yang perlu diselesaikan, di mana anda diberi kes, dan perlu disiapkan dengan pelajar-pelajar antarabangsa!

Semester 3/ Awal tahun 2 (secara kasarnya antara Oktober- Januari)

JC 3 ialah semester paling tenang. 5 modul dipelajari dengan hanya 2 ujian bertulis. Sikitnya =)

a. Evidence Based Healthcare

b. Neuroscience

c. Clinical Competencies 2 [Practical module, ujian praktikal]

d. Early Patient Contact [Assignment module, tiada ujian]

e. Population and International Health [Baru dimasukkan pada 2009 untuk mengurangkan bebanan IC]

Untuk semester  ni, kelas paling sikit, hampir setiap hari kelas separuh hari sahaja. Ibu bapa pun naik hairan kenapa anda banyak sangat masa untuk ‘call’ rumah.

Untuk anatomi, anda akan mula fokus pada bahagian Head, Neck and Neuroscience.

Anda akan dibekalkan dengan satu projek berkumpulan untuk  Evidence Based Health [sama seperti JC2].

Untuk Early Patient Contact, anda akan diberi patient sebenar untuk dilawati.

Perlu mengambil sejarah penyakit mereka dan bentangkan dihadapan doktor yang merawatnya jika ditanya. Selepas itu, pulang dan tulislah report anda berkenaan ‘your wonderful experience with first real patient’ dan report anda akan diberi markah untuk finals. Hehe.

Untuk clinical skills, anda sudah lebih berpengalaman pada peringkat ini berbanding universiti-universiti lain.

TAMAT JUNIOR CYCLE, JOM KE BEAUMONT!

Intermediate Cycle, yakni ketika anda sudah di semester 4 dalam tahun kedua, anda akan menghadiri kelas sepenuhnya di  Beaumont Hospital.

Rata-rata dari kita akan mulai rasa terkejut sekejap, sebab semester 3 (JC3) yang agak relaks sementara semester (IC1) ini pula sangat pack dan hectic…(but you might be really happy, as there will be no more card signing, but a lot will figure out that you actually miss them too!)

Ada beberapa perkara yang mugkin menjadi cabaran bagi pelajar di RCSI sebaik sahaja mereka melangkah ke Intermediate Cycle ini. Apakah?

  1. Lokasi hospital yang agak jauh dari bandar & perlu tukar beberapa bas untuk sampai ke sana.
  2. Sebab silibus & cara pembelajaran yang semakin mencabar.Tapi,satu perkara yang boleh dikongsi di sini ialah, anda belajar dgn sangat seronok, sebab kelas anda di hospital, setiap hari pensyarah akan membawa masuk pesakit yang sebenar dalam dewan kuliah.Dulu (semasa JC), seminggu sekali  sahaja kita didedahkan dengan clinical skills dan itu pun dalam kelas [patient=actor], tapi untuk IC, situasi yang sama berlaku hampir setiap hari dengan patient sebenar!
  3. Memang sangat seronok apabila dapat mengaitkan & mengaplikasikan apa yang kita belajar dalam keadaan yang sebenar.Anda dapat masuk ke operation theatre, tengok segala macam prosedur, belajar x ray dari radiology department secara live, tengok gastrocscopy belajar masukkan IV lines, buat rectum examination [this is not pleasant though] dan banyak lagi untuk  semua tu sebagai pengalaman sebelum anda masuk ke Tahun Tiga.

Jadi apabila anda mengambil peperiksaan untuk clinical skills,ia akan diadakan secara berkumpulan,biasanya dikenali sebagai TOSCE (team OSCE) dan pada peringkat ini, anda akan merasa diri anda sebagai seorang doktor!

Setakat ini dahulu. harap dapat membantu dan membangkitkan semangat anda untuk belajar di RCSI!

Go raibh míle maith agaibh go léir

Photo: Department of Surgery and Department of Anatomy, RCSI & author personal photo.

Disclaimer: This is the author interpretation of campus life in RCSI. Any modules discussed are subject to change.

___________________

Penulis, Mohd Ferdaus Mohd Tahar merupakan pelajar Tahun 4Perubatan di Royal College of Surgeons in Ireland. Merupakan seorang aktivis ISMA Eropah dan pernah  menjalankan beberapa misi kemanusiaan dan perubatan di Malaysia dan Asia Tenggara. Juga merupakan jawatankuasa tertinggi‘Federation of Student Islamic Societies’ (FOSIS) seluruh Ireland dan ahli aktif beberapa persatuan Malaysia.

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

university college cork

University of Cork

Latar belakang universiti Lokasi: Terletak di bandar cork. Bendar kedua terbesar di Ireland. Bandar cork …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *