Refleksi buat semua


Bismillahirrahmanirrahim…

Kutujukan tulisan ini buat diriku secara khasnya. Sebuah refleksi buat diri lahir dari hati.

Kutitipkan jua entriku ini buat mereka yang bergelar penggerak dakwah baik dimana saja anda berada.

Ingin jua aku dedikasikan perkongsianku ini buat ikhwah akhwat, teman sefikrah, rakan seperjuangan, sahabat dakwah serta buat penggerak sekalian.

…………………………………………………………………………………………………………………………..

Saudaraku fid dakwah,

Letakkan tarbiyahmu seiring dengan gerakan dakwahmu kerana ianya tidak wujud secara berasingan sebaliknya tarbiyah dan  dakwah itu wujudnya seiring serta hidupnya atasa dasar saling memerlukan antara satu sama lainnya. usah ditinggalkan tarbiyah kerana dakwah dan usah jangan kerana tarbiyah, dakwah itu dikebalakangkan. Ambillah ibrah dari para sahabat, muadz, musa’ab serta yang lainnya. Keluar berdakwah di saat wahyu masih lagi belum habis diturunkan. Lihat diri kita tika ini. Renung dan refleks akan perbuatan kita selama ini.

maka tetaplah engkau (Muhammad) (di  atas jalan yang benar) sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan“(QS 11:112)

Saudaraku,

Dakwah ini ertinya pengorbanan dan berdakwah itu ertinya berkorban. Tetapi mengapa seringkali tatkla diri kita ini dihujani dengan ujian, seringkali itu juga diri kita ini gagal dalam menghadapinya. Kuatkan dirimu dan teguhkanlah hatimu dengan meminta kepadaNya. Bukankah Dia itu sumber segala kekuatan yang ada. Tatkala egkau merasa lemah, maka kuatkanlah dengan munajatmu kepadaNya. Di saat dirimu hampir hanyut, maka carilah tempat bergantungmu, hampirilah saudaramu yang bisa menarikmu kembali. Jika engkau tergoda dengan dunia, maka ingatkanlah hatimu akan syurga dan nikmatnya, serta neraka dan azabnya. Pada saat engkau merasakan bahawa telah cukup apa yang engkau korbankan, maka bandingkanlah pengorbananmu itu dengan darah para mujahid yang tumpah semata-mata kerana Deen ini.

oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah, dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia mati (gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka kami akan memberi kepadanya pahala yang besar” (QS 4:74)

Saudara teman seperjuanganku,

Dakwah ini adalah cinta. Dakwah ini adalah nadi yang mengakir dalam diri kita semua. Dakwah ini adalah suatu tanggungjawab yang tergalas di atas bahu kita. Kukira bahawa engkau telah lama mengetahui akan hakikat ini, telah lama merasakan perlunya dakwah untukmu lakukan, namun kadang kala susah untuk aku melihatnya pada dirimu. Masih ingatkah kalian akan tulisanku ‘Daie yang mandul‘ sebelum ini? Kukira juga, telah lama kalian berada dalam sistem tarbiyah ini, namum kenapa kadang kala sukar untuk aku melihat hasilnya? Di mana salah dan silapnya? Sama-sama kita cari dan perbaiki serta tampung kembali segala kecacatan yang ada.

dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya” QS 3:104

Saudaraku kerana dakwah,

Masa yang ada ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kewajipan yang ada. Terlalu berharga untuk dibazirkan dengan perkara remeh. Sibukkanlah dirimu dengan perkara yang besar kerana itulah yang terbaik. Bukankah pemikiran seseorang yang dipilih Allah untuk merima hidayah menyampaikan risalahNya itu sentiasa berada didalam lingkungan dakwah dan juga tarbiyah? Kewajipan yang ada tidak memungkinkan kita untuk berlengah. Ummat yang tenat ini memerlukan perawat hati seperti kalian.

Ikhwah dan akhwat yang aku harapkan dapat membwa Islam ke tempat yang sepatutnya,

Bangun dan maralah ke depan. Agenda tarbiyah ini bukannya suatu perkara yang kecil, sebaliknya ia adalah perkara yang memerlukan keseluruhan jiwa dan tubuh badan kita bersatu kerananya. Ia adalah suatu perkara di mana seluruh tenaga kita diperlukan untuk menjayakannya. Ia adalah suatu perkara yang menguji tahap profesionalisme kita. Ia juga merupakan suatu perkara yang memberi nikmat kepuasan di penghujungnya. Moga agama ini tertegak di tangan kita semua. Insya Allah

al-khawarizmi [12:14 am]

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png

Comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Comment