Salam Lebaran Bumi Jerman

0
347

Augsburg, 9 Jun – ISMA Jerman telah menganjurkan sambutan hari raya julung kalinya di Augsburg. Majlis yang diraikan secara sederhana ini telah dihadiri oleh ahli ISMA Jerman dan diserikan lagi dengan kehadiran beberapa tetamu luar.

Agenda utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli yang tidak berkesempatan untuk pulang ke Malaysia. Sambutan seperti ini telah berjaya membuktikan bahawa kemeriahan hari raya masih mampu dirasai oleh setiap insan walaupun tidak berdampingan dengan keluarga tercinta.

Dalam ucapan pembukaan, pengerusi ISMA Jerman, saudara Hasif Kamil mengingatkan ahli ISMA Jerman untuk menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan terutama di musim perayaan.

Jamuan hari raya yang ringkas dan padat ini diharapkan dapat dijalankan pada setiap tahun agar silaturrahim dapat terus terjalin.

Seluruh warga ISMA Jerman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Semoga kehidupan kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.

Laporan disediakan oleh,
Shafiqah binti Sharom
Setiausaha Ikatan Muslimin Malaysia Jerman.

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments