Sambutan Pelajar Baharu ISMA Sheffield Meriah

Sheffield- Baru-baru ini seluruh ahli ISMA Sheffield telah terlibat dengan program lokaliti menyambut pelajar baharu yang tiba ke University of Sheffield untuk memulakan kehidupan baharu sebagai pelajar.

Program yang bersifat santai ini meriah dengan juadah hidangan berbentuk BBQ disediakan kepada para hadirin. Program ini juga bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar baharu kepada kehidupan di Sheffield sekaligus memperkenalkan ISMA sebagai wadah aktivisme utama para pelajar.

Pengarah program, saudara Hafiz Romli yang sempat ditemu bual menyatakan “program ini telah dijalankan setiap tahun oleh ISMA Sheffield bagi mendekati pelajar baharu disamping membantu mereka menguruskan perihal kehidupan harian mereka di sini”.

Ujar beliau lagi “kehidupan yang semakin mencabar di United Kingdom terutamanya peningkatan kes Islamophobia telah memanggil ISMA di setiap peringkat lokaliti untuk memantau sejauh manakah para pelajar kita terlibat dengan kes ini dan memberi nasihat-nasihat yang berkenaan soal keselamatan”.

DIjangka program yang dijalankan di Weston Park, Sheffield ini telah berjaya menarik seramai 30 orang hadirin.

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Pengiktirafan Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Israel Bukti Pengkhianatan Amerika Syarikat

Donald Trump hari ini akhirnya membuat satu pengumuman yang mengejutkan jutaan umat Islam apabila secara …