Sekadar Pemerhati atau Pencetus Inspirasi ?

Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, kelihatan beberapa orang sahabat sedang asyik dengan aktiviti masing-masing. Hari minggu menjadi kegilaan pelajar, hari yang ditunggu-tunggu untuk melepaskan tekanan setelah berpenat lelah memerah otak pada hari-hari sebelumnya.

“Lambat kau balik, Imran. Banyak sangat ke, isu umat yang sedang kau perjuangkan?”, ujar Ikram bersahaja disambut dengan gelak tawa rakannya yang lain.
Imran seperti kebiasaannya, senyum tanpa banyak bicara. Namun sekali mengeluarkan kata, frekuensinya terus sampai ke jiwa, membuka minda dan hati manusia yang mendengarnya.
Sofa empuk yang terletak di ruang tamu menjadi pilihan Imran untuk merehatkan diri buat sementara waktu, setelah penat seharian berada di luar, menguruskan kerja-kerja persatuan yang belum selesai. Sofa yang terletak di tengah-tengah ruang tamu menjadi sudut yang tepat buat Imran memerhatikan kerenah sahabat-sahabatnya.

 

“Aku geram betul lah dengan budak-budak zaman sekarang, bercinta sini sana, ke hulu ke hilir dengan pasangan masing-masing, penat aku scroll Instagram tengok gambar dia orang. Naik meluat aku”,  luah Zaki yang tidak pernah berenggang dengan Iphone S6 di tangannya sentiasa menjadi pemerhati setia perilaku manusia di Instagram dan Facebook memecah kesunyian rumah sewanya menarik minat yang lainnya untuk turut meluahkan pendapat masing-masing.

 

“ Aku setuju dengan kau. Pening aku tengok masyarakat sekarang. Tak termasuk dengan masalah negara. Nilai mata wang semakin jatuh, rasuah sana sini, harga barang semua naik,aku tak tahulah apa nasib kita nanti, kerja nak dapat semakin susah”, ujar Rashid tidak melepaskan peluang untuk meluahkan rasa ketidak puashatian sambil jemarinya rancak menekan button control PS-nya, asyik bermain video game.

 

“Betul, aku sokong. Kalau kau fikirkan isu global lagi sakit kepala dibuatnya. Isu perkauman,islamophobia, peperangan ideologi, perebutan kuasa dan macam-macam lagi lah. Seksaan kepada umat Islam di Rohingya. Isu serangan di Syria dan Palestine pun semakin menjadi-jadi”, ucap Zamir turut menyatakan kekesalan melihat dunia kini, kembali tenang menghirup secawan air Milo setelah penat berbicara sambil menyambung kembali melayan drama ‘ Kapten Square, Suri Hidupku’.

 

“ Fulamak,aku suka dengar perbincangan korang, sempat ikuti isu-isu yang berlaku sekarang. Bagus betul”, puji Ikram terhadap kesungguhan rakannya.  “Bilalah dunia nak kembali seperti dulu, aku tak nak keluar belajar nanti, tanam anggur bertahun-tahun disebabkan ekonomi negara kita yang porak peranda ni”, soal Ikram penasaran memikirkan sesuatu perkara yang tak pasti.

 

Setelah kesemua rakan-rakannya kembali meneruskan aktiviti masing-masing, Imran bangkit dari sofa menuju ke bilik tidurnya. Sebelum itu, dia sempat menanyakan sesuatu kepada rakan-rakannya.

 

“ Bulan depan ada diskusi tentang isu kebangkitan mahasiswa dalam menghadapi kemelut dunia, merangkumi isu politik, ekonomi dan macam-macam lagi. Korang nak join kan?”, Imran akhirnya menyatakan hasrat untuk mengajak rakan-rakannya bersama menghadirkan diri ke program yang dianjurkan oleh persatuannya.

 

“Malaslah, baik duduk dekat rumah, boleh layan game,movie”, balas Ikram ringkas.

 

“Emm okaylah, takpe,” Imran diam seketika sebelum kembali berkata, “tapi bulan Jun nanti, ada aktiviti kemasyarakatan dan program motivasi di sekolah-sekolah menengah dekat kawasan Selangor. Bolehlah korang sentuh sedikit isu-isu masalah sosial ni. Jom”, ujar Imran kembali bersemangat cuba untuk menarik minat sahabat-sahabatnya.

 

“ Aku rasa tak dapat nak ikut lah. Ada projek final bulan Jun nanti.Tak sempat”, ucap Zaki.

 

“Okaylah. Jap, tadi aku ada terbaca dekat Facebook Aman Palestin, ada program Kutipan Amal untuk Palestin, dia orang memerlukan beberapa orang sukarelawan untuk program minggu hadapan, korang nak ikut aku tak?”, ungkap Imran masih mencuba nasib untuk mengajak kawan-kawannya melibatkan diri dalam program sukarelawan.

 

“Nantilah, kalau kita orang berminat, aku beritahu kau”, balas Zamir acuh tak acuh sahaja.

 

“ Baiklah, lupa nak beritahu, menarik isu-isu yang korang kupas tadi,  gembira aku lihat sahabat-sahabat yang cakna dengan isu semasa ni. Aku tertarik dengan persoalan Ikram tadi tentang bila dunia hendak kembali stabil seperti dulu, bebas dari tekanan politik, ekonomi dan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi. Masalah tidak akan selesai dengan sendiri. Dunia tak akan berubah jika tiada mana-mana individu atau organisasi yang ingin mengubahnya. Ramai orang boleh bercakap tentang isu-isu yang berlaku sekarang, namun berapa kerat sahaja yang ingin memperjuangkannya?”, ujar Imran meluahkan segala kata yang sudah lama bermain di fikirannya.
“ Apa yang kita orang boleh buat. Kalau kita orang perjuangkan isu-isu ni pun, bukan boleh bagi kesan yang besar. Setakat kita- kita je yang berjuang, hasilnya masih kosong”, ungkap Ikram bersahaja.

 

“ Sebab itulah kita yang kena jadi ‘Agent of Change’ ,pencetus inspirasi. Kita tarik minat dia orang.Cuba kau bayangkan, kalau semua mahasiswa dekat kampus kita ni, cakna dengan isu-isu ni sambil berusaha mencari solusi, memperjuangkan dakwah dan kesatuan ummah, bukankah ianya mampu mencetuskan sesuatu yang besar. Mungkin kita tak mampu nak mengembalikan politik dan ekonomi negara yang stabil, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh membantu mengatasi masalah sosial yang berlaku, membentuk pemikiran kelas pertama dalam kalangan masyarakat dan membina keyakinan diri mereka. Dengan usaha yang kecil inilah, mampu memberi impak yang besar pada masa hadapan” ,jelas Imran satu persatu agar rakan-rakannya mampu memahami apa yang ingin dia perjuangkan.

 

Kesemua ‘housemate’ Imran membisu seketika, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. “Ada benarnya apa yg dikatakan oleh sahabatnya itu”, getus suara hati mereka.

Mereka berhenti daripada melakukan aktiviti masing-masing. Zamir sudah menutup laptopnya. Barang -barang video game milik Rashid sudah disimpan rapi olehnya di atas almari bersebelahan televisyen.

 

“ Jangan hanya jadi pemerhati, libatkan diri dan lakukan perubahan. Dalam hidup, kita kena terlibat dalam melakukan perubahan. Kadang-kala kita salah. Salah tak mengapa,yang penting kita perlu ambil pendirian. Korang tak akan melakukan apa-apa perubahan dengan hanya merungut dan menangis. Kita hidup dengan penuh tanggungjawab, tanggungjawab diri, keluarga, dan terutamanya urusan ummat yang semakin tenat kini, kita kena sedar bahawa kita yang menentukan nada dan gaya lenggok sesuatu perkara”, sambung Imran tak pernah lelah mencuba nasib untuk menarik minat sahabatnya.

 

“Kali ini, aku  sokong apa yang kau katakan. Kalau bukan kita,siapa lagi. ‘Agent of Change’, menarik bunyinya. Bukan sekadar pemerhati tetapi pencetus inspirasi ”, balas Ikram penuh bersemangat. Zaki, Zamir dan Rashid juga sudah menampakkan kesungguhan mereka untuk bersama-sama menjadi ‘Agent of Change’.

 

“ Nampak gayanya,aku kena berkorbanlah dari terus menerus bermain video game. Kau pun Zamir, kena kurangkan layan movie dan drama yang tak bermanfaat tu”, sempat Rashid berpesan kepada rakannya.

 

“ Tidak mengapalah, berubah untuk kebaikan”, balas Zamir yang sempat mengenyitkan mata sambil tersenyum memandang sahabat – sahabatnya.

 

Imran tersenyum puas. Akhirnya, rakan-rakannya ingin bersamanya menjadi ‘Agent of Change’. Dia sangat berharap agar ramai lagi anak muda yang bersama mereka suatu hari nanti.  Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini, bukan sekadar menjadi Muslim yang memikirkan diri sendiri.

 

Bangkitlah dari lena yang panjang. Kita mungkin tidak mampu mengubah sistem perundangan sesebuah negara. Kita mungkin tidak mampu berperang mengangkat senjata membantu, membela nasib saudara-saudara kita, tetapi kita mampu membentuk masyarakat ( masyarakat yang bermoral, penuh nilai kemanusiaan, bertanggungjawab, amanah dan berprinsip ) agar suatu hari nanti, masyarakat ini yang akan memperbaiki sistem yang lemah dan menggantikan kepimpinan yang lama,mencetuskan pemerintahan yang adil.

 

ﱠدَﺮَﻣ َﻼَﻓ اًءﻮُﺳ ٍمْﻮَﻘِﺑ ُﱠﷲا َداَرَأ اَذِإَو ۗ ْﻢِﻬِﺴُﻔﻧَﺄِﺑ ﺎَﻣ اوُﺮﱢﯿَﻐُﯾ ٰﻰﱠﺘَﺣ ٍمْﻮَﻘِﺑ ﺎَﻣ ُﺮﱢﯿَﻐُﯾ َﻻ َﱠﷲا ﱠنِإ ۗ ِﱠﷲا ِﺮْﻣَأ ْﻦِﻣ ُﻪَﻧﻮُﻈَﻔْﺤَﯾ ِﻪِﻔْﻠَﺧ ْﻦِﻣَو ِﻪْﯾَﺪَﯾ ِﻦْﯿَﺑ ﻦﱢﻣ ٌتﺎَﺒﱢﻘَﻌُﻣ ُﻪَﻟ ٍلاَو ﻦِﻣ ِﻪِﻧوُد ﻦﱢﻣ ﻢُﻬَﻟ ﺎَﻣَو ۚ ُﻪَﻟ

 

Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya  bergiliran dari depan dan belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. ( Surah Ar Rad, ayat 11).

 

Hasil nukilan:

Nurzaira Binti Ahmad Zamri,

Tahun 4, Perubatan,

Nizhny Novgorod State Medical Academy,

Russia.

Ahli ISMA Eropah

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kunjungan NYDP ISMA Kota Kinabalu Suntik Semangat Ahli ISMA Eropah

Cardiff, 20 Jan- Seluruh ahli ISMA Eropah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Naib …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *