Seminar Media, Kajian dan Pengucapan Awam Isma UK Utara Perkasa Kemahiran Ahli

Nottingham, 25 & 26 Feb – Seminar media, kajian dan pengucapan awam yang diadakan di Nottingham telah berlangsung dengan jayanya.

Seminar yang berdurasi selama dua hari satu malam tersebut dianjurkan oleh Isma UK Utara dan mendapat penglibatan daripada ahli – ahli dari Sheffield, Nottingham, Manchester dan Durham.

Seminar-seminar yang diadakan tersebut bertujuan mengasah kemahiran ahli untuk menghadapi isu – isu dan kehendak semasa.

“Di samping memperkasakan kebolehan ahli, aktiviti julung kali anjuran Isma UK Utara ini juga mengetengahkan agenda mempertaut ukhuwah sesama ahli melalui aktiviti rehlah dan riadah” kata Rijal, pengarah program.

Seminar media yang dikelolakan oleh saudara Izzati mengukuhkan kemahiran memanipulasi bahan media untuk tujuan dakwah.

Bengkel kajian pula merangka gerak kerja intelek bagi menjawab persoalan – persoalan utama semasa seperti pendirian TN50 oleh badan Islam luar negara.

Kebolehan meyakinkan pendengar dan menjawab persoalan secara spontan diajar oleh saudara Thalhah dalam seminar pengucapan awam.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pada peserta.

“Saya sangat berpuas hati dengan seminar yang dikendalikan, terutama sekali terhadap kemahiran penceramah. Walaupun dari kalangan ahli sendiri, tetapi ternyata mereka berbakat” Ujar Nazmi, salah seorang peserta program.

Menyentuh tentang keberlangsungan program ini di masa hadapan, pengarah program mengatakan bahawa program seperti ini berpotensi untuk dikembangkan lagi.

“Insya-Allah pada masa akan datang akan ditambah baik dari segi pengurusan dan mungkin boleh dijadikan program berskala besar untuk kita jemput pula orang awam untuk sertai seminar yang bermanfaat ini” kata Rijal.

Laporan disediakan oleh Haziq Abd Rahim

51a1a4d6-66eb-4718-901e-06441fd3126e

b5abe468-ef11-417f-bbc1-8effa04bd73b

b9808602-3811-40a2-a638-a6f02e8211c1

IMG_0164

IMG_0171

IMG_0183

IMG_0186

IMG_0192

Kain

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Pengalaman Aktivis ISMA Eropah di Tanah Suci: Menjejak ‘Wahyu’

Hari ini mengambil kesempatan untuk menziarahi gua hira’. Kedudukannya terletak 5.7km dari hotel tempat saya …