Seminar Media Kreatif ISMA Cardiff Asah Bakat Baharu Mahasiswa Luar Negara

Cardiff, 10 Feb – ISMA Cardiff telah berjaya mengadakan Seminar Kreatif Media buat julung kalinya yang bertempat di dewan aktiviti Darul Isra’, Cardiff. Seramai 30 orang peserta telah menyertai seminar ini bermula dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.45 petang.

Semasa ucapan pembukaan, Saudara Hanis Mohd Zafri selaku pengarah program telah berkata, “Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dengan para peserta berkaitan media dan grafik yang memainkan peranan penting mengikut peredaran zaman masa kini. Selain itu, seminar ini bertujuan melatih dan menggalakkan peserta khususnya ahli ISMA untuk belajar dan mengesplorasi dunia grafik terutamanya untuk menyampaikan mesej Islam dan dakwah melalui medium ini”.

Seminar ini dibahagikan kepada tiga sesi iaitu fotografi, grafik dan videografi. Ahli panel penyampai untuk setiap sesi adalah terdiri daripada ahli ISMA sendiri yang mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran dalam membuat pelbagai video dan poster yang menarik. Bagi sesi fotografi, ISMA Cardiff telah menjemput saudara Amin Rukaini sebagai tetamu jemputan dan dibantu oleh saudara Mohd Akmal. Hasil dari sesi tersebut, para peserta telah didedahkan dengan ilmu asas fotografi dan teknik ‘editing’ menggunakan perisian Adobe.

Seterusnya, sesi grafik telah disampaikan oleh dua orang ahli biro komunikasi ISMA iaitu saudari Nur Farzana dan saudari Izzati Amin. Saudari Nur Farzana yang telah dihubungi Media ISMA Eropah telah berkata, ” Hasil dari sesi ini, para peserta kelihatan berminat untuk mendalami ilmu grafik selepas sahaja ditunjukkan ‘tips and tricks’ dalam pembikinan poster. Pada pandangan saya, diharapkan ISMA Cardiff akan melahirkan lebih ramai pelapis biro media kawasan dengan pendekatan seperti seminar ini.

Akhirnya, sesi terakhir iaitu sesi videografi telah disampaikan oleh saudara Amin Rukaini dan saudara Hanis sendiri. Hasil maklumbalas yang diterima daripada peserta sangat memberangsang kerana pelbagai input baru tentang media dan grafik yang mereka peroleh dan boleh dipraktikkan untuk mengembangkan bakat-bakat yang terpendam.

 

Biro Komunikasi dan Media ISMA UK-Eire

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Video Syukur Ungguli Tempat Pertama Pertandingan Video NEXT Sheffield

Sheffield, 18 Okt – Video Syukur keluaran Media ISMA Eropah dengan kerjasama ISMA Cardiff hari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *